dzssrl's Reading List
36 stories
Perfectly Fake [C] by missstellily
missstellily
  • WpView
    Reads 50,515
  • WpVote
    Votes 2,231
  • WpPart
    Parts 72
Book 1 heiress in danger. [Perfection series] Perfectly Fake. "Life is a game: be a player or be played." Elysha tahu, sejak awal hidupnya tidak pernah tentang dirinya sendiri. Kehidupannya sudah di atur seperti puzzle, tanpa satu piece yang hilang. Sehingga.. Dia harus berkahwin kontrak dengan seorang lelaki. Lelaki yang sempat menjadi musuhnya suatu ketika dahulu. Kejadian itu.. tidak pernah terlintas di kepalanya. Perkahwinan ini sementara, perkahwinan ini tidak didasari cinta. Sehingga tempoh dan kepentingan telah di dapatkan, mereka akan berpisah. Akankah ikatan mereka kekal? Atau perpisahan yang menjadi tujuan? Don't trust anyone, except yourself. WARNING ‼️ This is not a cute love story. It is a story about what happens when a child learns that love must be earned. If you continue, do not expect to leave unchanged. don't say I didn't warn ya.. Copyright © 2026 by stella (missstellily)
AYDRIC ZANE: HIS ONLY EXCEPTION (SU) by flowerssflyy
flowerssflyy
  • WpView
    Reads 1,555
  • WpVote
    Votes 92
  • WpPart
    Parts 4
Aydric Zane || Elisya Hayana Aydric Zane - seorang pelumba Formula 1 yang dikenali dengan sifatnya yang tegas, kompetitif dan sukar mengalah. Di atas litar, Aydric sentiasa mengejar kemenangan dan tidak pernah gentar dengan persaingan. Di luar litar pula, dia terkenal dengan perangai lawaknya dan egonya yang agak tinggi. Namun, di sebalik sikap kerasnya itu, Aydric merupakan seorang lelaki yang sangat protective terhadap orang yang disayanginya. Dia mungkin tidak pandai mengungkapkan perasaan dengan kata-kata, tetapi setiap tindakannya sentiasa menunjukkan betapa pentingnya seseorang itu dalam hidupnya. Elisya Hayana - pengasas dan pemilik Hayana Bridal, sebuah jenama busana pengantin eksklusif yang dibina daripada minat dan usaha kerasnya sendiri. Seorang wanita yang feminin, yakin dan berdikari, Elisya tidak pernah mahu kejayaannya bergantung pada nama sesiapa,termasuk suaminya sendiri. Dia juga seorang yang tegas, berani bersuara dan tidak mudah mengalah. Terutamanya apabila berdepan dengan Aydric. Mereka adalah dua jiwa yang sama-sama keras kepala. Aydric dengan egonya. Elisya dengan pendiriannya. Pertengkaran kecil sudah menjadi perkara biasa dalam rumah tangga mereka. Namun, di sebalik setiap pertengkaran, ada perhatian yang tidak pernah mereka abaikan. Aydric mungkin lelaki yang paling sukar ditundukkan di atas litar, tetapi di rumah, Elisya Hayana tetap menjadi satu-satunya wanita yang mampu membuatnya mengalah. Dan Elisya pula mungkin sudah mempunyai empayar yang dibinanya sendiri, tetapi bagi Aydric, Elisya bukan sekadar wanita yang dicintainya. She is the woman he is most proud to call his wife.
Until Our Paths Cross by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 15,067
  • WpVote
    Votes 2,313
  • WpPart
    Parts 16
[5th romance - stand alone] Hun Farrel | Enara Emeliya Also known as Mr. Fiance Enara Emeliya sentiasa percaya bahawa air mata bukan untuk lelaki yang memilih pergi. Prinsip itu dia pegang teguh hinggalah pada hari dia menerima kad jemputan perkahwinan daripada lelaki yang pernah dia cintai bersama wanita lain. Daripada mengalah, Enara memilih untuk hadir. Bukan sebagai bekas yang terluka, tetapi sebagai seseorang yang tidak akan pernah membiarkan dirinya kelihatan kalah. Namun, dia tidak akan datang sendirian. Hun Farrel, pewaris tunggal kepada Le Monarque dan musuh utama kepada lelaki yang telah menghancurkan hatinya, menjadi pilihan paling berisiko yang pernah Enara buat. Satu perjanjian dimeterai. Sebuah lakonan dimulakan. Apa yang bermula sebagai rancangan untuk meruntuhkan ego seseorang, perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang jauh lebih sukar dikawal. Di sebalik sikap terbuka dan kata-kata manis, Hun Farrel menyimpan sisi yang tidak pernah Enara jangka dan tanpa sedar lelaki itu mula melangkah lebih dekat daripada sekadar peranan yang dipersetujui. Dan Enara? Dia mula tersesat dalam perasaan sendiri. Antara yang nyata dan yang sekadar lakonan, antara dendam dan sesuatu yang lebih lembut, lebih berbahaya. Kerana mungkin selama ini bukan sahaja Enara yang tidak memahami Hun tetapi juga hatinya sendiri.
HALF LOVE HAYDEN [REVAMP] by hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    Reads 1,258,918
  • WpVote
    Votes 12,773
  • WpPart
    Parts 10
Hayden Muqriz pernah menjadi lelaki di sebalik kejayaan Draxen Holdings. Seorang pemimpin yang disegani, sehingga satu kemalangan dua tahun lalu meragut sebahagian besar ingatannya dan memisahkan dia daripada dunia yang pernah dia bina. Kini, dia kembali ke pejabatnya.Namun kepulangannya membawa satu kebenaran yang sukar diterima. Syarikat yang pernah menjadi miliknya sudah berubah, adiknya, Zayden, menyimpan terlalu banyak rahsia, dan seorang wanita bernama Elmira Yasmeen muncul membawa tuntutan terhadap janji yang pernah diberikan kepadanya. Bagi Hayden,Elmira hanyalah seseorang yang berkait dengan kehidupan adiknya. Seseorang yang mungkin menjadi sebahagian daripada pengkhianatan yang berlaku ketika dia tiada. Namun semakin banyak rahsia terbongkar, semakin sukar untuk dia membezakan antara dendam dan perasaan. Demi membalas segala yang telah dirampas daripadanya, Hayden membuat keputusan untuk mengikat Elmira dalam sebuah perkahwinan. Tetapi dia tidak pernah menyangka wanita yang ingin dia jadikan alat untuk membalas dendam itu akan menjadi satu-satunya orang yang mampu mengubah hidupnya. "Sepatutnya aku benci kau, Elmira Yasmeen. Tapi kenapa semakin aku cuba menjauh, semakin aku rasa kau satu-satunya orang yang aku perlukan?" -Hayden Muqriz "Awak boleh marah saya, Hayden. Awak boleh benci saya kalau itu buat awak rasa lebih baik... tapi jangan pernah suruh saya pergi. Sebab saya dah terbiasa ada dekat sisi awak." -Elmira Yasmeen Antara dendam yang belum terlerai dan cinta yang tidak pernah dirancang, Hayden Muqriz bakal belajar bahawa tidak semua perkara yang hilang perlu dicari semula... kerana ada yang kembali untuk mengubah seluruh hidupnya. "Love doesn't need a reason, no one know how and why they fall in love, and now i'm in love with you" - HAYDEN MUQRIZ REVAMP EDITION start : 18 febuarary 2023 end : 26 july 2023
MUTE by SyaffMaii_
SyaffMaii_
  • WpView
    Reads 638,131
  • WpVote
    Votes 27,457
  • WpPart
    Parts 89
"Are u guys kidding me? Tak tengok ke keadaan mak saya macam mana? And you still ask about this contract?" Alea Irdina "Apa kata Cik yang menggantikan Puan Norizah?" Terlopong mulut Alea Irdina apabila dia terpaksa menggantikan ibu angkatnya yang koma menjadi seorang pembantu rumah. Namun, saat pertama kali Alea menjejakkan kaki ke banglo milik majikannya itu, dia terpaku. Banglo itu tidak ubah seperti kawasan larangan yang ditinggalkan. Kolam ikan kering kontang, pasu bunga pecah bertaburan, dan dedaun kering menyelubungi setiap sudut halaman. Ezra Malique, seorang lelaki workaholic yang dingin dan hanya mementingkan kerjaya. Baginya, rumah hanyalah persinggahan untuk melepaskan lelah sebentar sebelum kembali ke pejabat. Malah lelaki itu pernah tidak pulang ke rumahnya sebulan. " Kau rasa apa tajuk berita esok kalau usahawan hebat macam kau kena tangkap basah?" Alea "Kau nak main kotor dengan aku?" Ezra
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 508,201
  • WpVote
    Votes 33,740
  • WpPart
    Parts 56
[3rd romance - stand alone] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
C | The Silent Voice Is My Wife  by Lxyhavreb_
Lxyhavreb_
  • WpView
    Reads 123,565
  • WpVote
    Votes 7,372
  • WpPart
    Parts 62
Seorang gadis yang bisu sejak kecil. Lembut, pendiam dan menyimpan seribu rasa dalam diam. Di sebalik kekurangannya, Nur Arissa Danielle memiliki hati yang kuat walaupun pernah melalui luka akibat dibuli ketika zaman kanak-kanak. Dan antara insan yang pernah melukakan hatinya ialah Noah Haikal. Seorang lelaki yang tegas, dingin dan sukar dibaca. Dahulu, Noah pernah menjadi pembuli kepada Arissa tanpa menyedari betapa dalamnya kesan yang ditinggalkan. Kini, dia membesar sebagai seorang doktor pakar psikiatri, pakar bedah serta seorang CEO di syarikatnya. Takdir menemukan mereka semula setelah sekian lama. Namun, bagaimana jika lelaki yang pernah menjadi punca air mata itu akhirnya menjadi insan yang paling dekat dengannya? Mampukah Noah menebus kesilapan masa lalunya? Dan mampukah Arissa membuka ruang untuk menerima seseorang yang pernah meninggalkan luka dalam hidupnya? "I want to apologize for what I did to you in the past." Kerana kadangkala, orang yang pernah melukakan hati kita mungkin menjadi orang yang paling bersungguh-sungguh untuk menjaganya. He was once the reason behind her tears. Now, he wants to be the reason behind her smile. ♡ Start: 29 March 2026 End: 9 November 2026
Faeeqz's Precious Wife | OG by Sophianyy
Sophianyy
  • WpView
    Reads 7,533
  • WpVote
    Votes 534
  • WpPart
    Parts 22
Sejak kecil Faeesa dan Faeeqz membesar bersama, berkongsi tawa, rahsia, dan kenangan yang hanya mereka fahami. Mereka berdua sudah seperti adik beradik yang tidak boleh berpisah walaupun tidak sedarah. Namun takdir tidak selalu berpihak kepada hati. Faeesa terpaksa meninggalkan tanah air demi mengejar kerjayanya sendiri di luar negara. Apabila takdir menemukan mereka berdua semula, masih adakah ruang untuk persahabatan yang tertangguh? atau perpisahan itu telah membawa mereka ke jalan yang berbeza?
KESEMPATAN KEDUA (COMPLETE) by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 515,149
  • WpVote
    Votes 42,263
  • WpPart
    Parts 72
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.