🍏Inkfinity Novella Challenge 2025 🍏
28 stories
Inkfinity Novella Challenge 2025 [SEDANG BERLANGSUNG!] by lnkfinity
Inkfinity Novella Challenge 2025 [SEDANG BERLANGSUNG!]
lnkfinity
  • Reads 1,065
  • Votes 110
  • Parts 7
[AKAN DATANG SEPTEMBER 2025!] "Cerita anda berhak dizahirkan!" Memanggil semua penulis! Inkfinity datang semula dengan membawakan anda semua sebuah cabaran penulisan atas talian untuk anda semua! Pastikan anda mengikuti akaun ini dan sertai grup Telegram rasmi kami untuk mendapatkan berita dan kemaskini yang terpantas! Pautan boleh didapatkan di bio kami! #INC2025 #InkfinityWritersGuild
𝐕𝐈𝐎𝐋𝐄𝐓 𝐂𝐔𝐑𝐒𝐄 by Syeeda_Shi
𝐕𝐈𝐎𝐋𝐄𝐓 𝐂𝐔𝐑𝐒𝐄
Syeeda_Shi
  • Reads 164
  • Votes 35
  • Parts 13
© Fantasy Thriller Inkfinity Novella Challenge (INC 2025) Violeta Lys dan Evanna Lys masing-masing dilahirkan dengan warna mata violet. Sepasang mata ini bukan sekadar pupil berwarna. Ia menyimpan kebolehan unik yang menyebabkan dua beradik ini hidup tidak seperti manusia biasa. Entah ia satu kelebihan atau kutukan, Violeta sendiri tidak tahu. Dia lebih percaya mata ini telah menyebabkan hidupnya kucar-kacir sejak lahir. Kehidupan yang dia dambakan, selamanya tidak akan pernah dirasai. "Vio, tolong aku..." - Evanna. Kematian Evanna yang tiba-tiba memicu satu jalan baru kepada Violeta. Iaitu hidup kerana pembalasan dendam. "Kuasa? Heh! Kuasa yang kau miliki dengan mereka tak sama. Dalam dunia ni, tak ada kuasa yang lebih kuat dapat kalahkan posisi dan wang mereka." Ketahui musuhnya bukan calang-calang, Violeta mulai mengubah segalanya tentang diri. Termasuk menjadi seorang pembunuh upahan. Dia perlu jadi lebih kuat dan lebih tangkas agar dapat mengambil sendiri nyawa pembunuh yang telah menyebabkan kematian adiknya. "We meet again, Violet." - Kaiza Hayes. Putera sulung Kerajaan Arcus, Kaiza Hayes secara tidak langsung tiba-tiba menghalang penyelidikan Violeta. Tidak cukup dengan itu, lelaki ini memiliki seorang pelindung yang sangat hebat. Kaelar Tyler. Seiring beberapa pertemuan, Violeta mulai sedar bahawa kekuatan yang dia lihat melalui dirinya sendiri dan Eva selama ini hanyalah sedikit. Di luar sana, masih wujud sebuah makmal dengan nama 4HOME LABORATORY yang menghasilkan subjek-subjek dengan kekuatan luar biasa. Dan Kaelar salah seorang spesimen di sana. "Musuh sebenar kau... ada dekat makmal tu." Dengan itu, Violeta dan Kaiza bergerak bersama. Misteri makmal ini bukan sahaja menggerunkan Violeta. Semakin dalam dia menyelidiki kebenaran, semakin terancam nyawanya. Satu persatu nama baru terungkap. New Dawn Orphanage. Saintis Antonio. Projek Sentrix. Juga... identiti ibunya yang belum terungkap. Apa perkaitan semua nama-nama asing ini?
Cinta Dalam Ancaman by kryptoknight92
Cinta Dalam Ancaman
kryptoknight92
  • Reads 16
  • Votes 5
  • Parts 2
"Aku ada satu permintaan. Kau pandai silat kan? Jadi... jadi teman lelaki olok-olok aku di kampus. Sebagai balasan, aku bayarkan yuran kau dan bagi apa saja yang kau nak. Tapi kau kena lindungi aku dari dia." Aiman, seorang lelaki sederhana yang mahir dalam ilmu persilatan, menjejakkan kaki ke Universiti Laksamana untuk menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan. Adelia, gadis jelita kampus yang terkenal akan kecerdikan dan keluarganya yang berada. Dia nampak bahagia dengan hidupnya namun siapa sangka, di sebalik senyuman manis itu, dia diburu oleh stalker yang tidak mahu melepaskannya. Peristiwa yang menemukan Aiman dan Adelia telah membuatkan gadis itu nekad hendak menawarkan sebuah perjanjian gila; hubungan palsu demi keselamatan dirinya. Sebagai balasan, Aiman ditawarkan harta. Dapatkah Aiman melindungi Adelia? Apa yang terjadi tatkala perasaan mereka semakin lama semakin tumbuh subur di antara satu sama lain? "Kadang-kadang, insan yang kita sangka hadir untuk sementara boleh jadi takdir untuk selama-lamanya."
CEY! by DesbarTargar
CEY!
DesbarTargar
  • Reads 185
  • Votes 20
  • Parts 9
Emir Yusuf, berhati batu berjiwa kering - berjaya melangkah ke sekolah dengan niat bukan untuk mendidik, tapi sekadar melapor diri - tunggu hujung bulan, makan gaji. Baginya, murid-murid kelas paling hujung itu bukan urusannya. Mereka nak belajar atau tidak, lantaklah ! itu bukan urusan dia. Hatinya telah lama beku, sesejuk ais batu yang sekian lama menghuni peti sejuk dalam rumah. Hidupnya tak lebih sekadar menghabiskan waktu, kata lebih tepat mensia-siakan waktu. Namun, bila terjadinya satu kemalangan tragis yang menimpa salah seorang pelajarnya - insiden itu mula menggoncang tembok kubu sombongnya. Dalam suasana kelam kabut kelas yang penuh dengan murid-murid bermasalah - "Cikgu" Emir Yusuf mula dibentuk dan dengan perlahan-lahan diri itu menemukan sesuatu yang telah lama hilang: iaitulah jiwa peduli, jiwa insani. Dia mula bertanya, Siapa sebenarnya yang lebih terluka - anak-anak murid itu, atau dirinya sendiri? Dengan SPM sebagai satu-satunya tiket masa depan mereka, Emir memilih untuk berubah. Dari seorang "cikgu" yang penting diri, kepada "cikgu" yang ikhlas berihsan dan berjuang. Akan tetapi, perjuangan seumpama ini bukanlah suatu perkara mudah. Mampukah Cikgu Emir mengubah mereka? Mampukah Cikgu Emir menyelamatkan mereka - sebelum segalanya terlambat? Atau apa mungkinkah... mereka pula yang akan menyelamatkan dirinya?
Masih Merasa Rindu by TunaAmirla
Masih Merasa Rindu
TunaAmirla
  • Reads 181
  • Votes 17
  • Parts 10
Kematian kedua orang tua buatkan Amiera terpaksa memikul tanggungjawab membesarkan adik yang belum kenal erti kehidupan. Demi adik kesayangan yang masih kecil, gadis polos ini sanggup melupakan cita-cita sendiri. Amiera memilih untuk berniaga secara kecil di warung peninggalan mak demi kelangsungan hidup mereka berdua. Kasih sayang yang diberi musnah apabila Amirul ditangkap polis dan terlibat dengan dadah. Dunia Amiera terasa gelap dan kepercayaannya ke Amirul mula menipis. Sikap adiknya makin berubah dari hari ke hari. Pergaulan Amirul dengan rakan juga cukup mengusutkan fikiran Amiera. Sebagai seorang kakak, dia yakin adiknya masih baik dan masih boleh dibimbing. Amira percaya adiknya cuma dipengaruhi dunia luar tapi pada masa sama dia sedar, sampai bila dia mahu melihat satu-satunya insan yang dia sayang ini perlahan-lahan hanyut. Tanpa Amiera sedar dalam diam Amirul juga menyimpan rahsia yang tidak pernah Amiera bayangkan.
Aku dan Kau Selamanya by rawrfiq
Aku dan Kau Selamanya
rawrfiq
  • Reads 96
  • Votes 14
  • Parts 8
[INKFINITY NOVELA CHALLENGE 2025] Amira sejak Sekolah Rendah berkawan dengan sahabat lamanya. Kini, semasa Amirah di alam Sekolah Menengah, sahabatnya sudah berpindah ke tempat lain. Tidak bersua muka lagi bukannya tidak bertemu lagi. Sahabatnya bertugas sebagai ejen rahsia. "Aku... Masih sayangkan kau. Tidak kira apapun terjadi!" ~ Fakhri Fahmi
Tatkala Kuasa Tersingkap Makna by AyraNadhirah07
Tatkala Kuasa Tersingkap Makna
AyraNadhirah07
  • Reads 93
  • Votes 17
  • Parts 7
"Kalau bukan aku, siapa lagi yang akan tamatkan sumpahan ni?" - Embun 1000 tahun yang lalu, setelah mangkatnya seorang ratu yang memegang kuasa ais, setiap pewarisnya akan menghadapi sumpahan yang dikenakan oleh ratu itu, iaitu sumpahan ketidakstabilan kuasa. Sesiapa yang mewarisi kuasa ais ini, kebarangkalian untuk mereka hidup adalah tipis. Adanya pula sanggup membunuh diri atas tidak mahu menahan perih sumpahan ini. Namun, Embun bertekad untuk menamatkan sumpahan ini dengan apa cara sekalipun. Persoalannya sekarang, mampukah dia menamatkan sumpahan ini selamanya tanpa mengorbankan diri?
Spy Powerpuff Girlsz  by cahayatyia_
Spy Powerpuff Girlsz
cahayatyia_
  • Reads 20
  • Votes 2
  • Parts 6
Perjalanan antara tiga orang gadis yang bersahabat setelah kian lamanya; Omelia - Raissa - Bilqis Mencari kebenaran di sebalik kejadian yang telah menimpa keluarga mereka. Hari di mana, mereka kehilangan orang yang disayangi serentak. "Jadi spy?" Pekerjaan yang ditawarkan kepada mereka setelah upacara pengebumian tempoh lalu. Agensi ASTRA (Agency for Strategic Threat Response & Analysis) "Kamu bertiga pasti inginkan kebenarannya bukan?" "Gelarkan kami, Spy Powerpuff Girlsz!" "Seriuslah, nak guna nama tu?" "Of course! Comel tau namanya," Mampukah mereka bertiga mengharungi segala misi sehingga mendapat kebenaran daripada tragedi itu? "K-kau... " Adakah mereka akan menerima hakikat jika mengetahui kebenaran kelak? Teruskan ikuti perjalanan yang penuh canda tawa antara tiga gadis persahabatan ini sehingga akhirnya!
Purple Moon by Haneuli
Purple Moon
Haneuli
  • Reads 82
  • Votes 28
  • Parts 9
Seperti kisah dongeng, hidup seorang gadis berubah kerana dengan sengaja melihat wajah tuan muda dari keluarga bangsawan yang selama ini disembunyikan.