luxefine's Reading List
73 stories
Jika Kau Yang Memiliki || EDITING 2.0 by chrysyaniezz
chrysyaniezz
  • WpView
    Reads 237,771
  • WpVote
    Votes 9,408
  • WpPart
    Parts 53
○Bacaan ringan dan santai○ ⚠️ tatabahasa tunggang-langgang. Read it at your own risk ⚠️ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025
Peluang Cinta Pertama [Completed] 🦋 by airashroses
airashroses
  • WpView
    Reads 70,193
  • WpVote
    Votes 1,954
  • WpPart
    Parts 8
Nazrin Aqasha X Haira Syaiqisha {Cliche Story} First ever short story made by airashroses for beloved Diedies ❤️ Penghargaan kepada para Diedies yang sentiasa menyokong saya dari Tiktok hinggalah di sini ❤️ Khas untuk anda, PELUANG CINTA PERTAMA ⚠️ Typo Everywhere ⚠️ Cliche Storyline ⚠️ Mature Content ⚠️ Language ⚠️ Oneshoot publish *Oneshoot publish only. No next or sequ.. Okey.. Maybe akan ada sequel tapi tengok kepada kerajinan author. * ~Selamat Membaca
Code Name: Romeo | C by eleutheromania____
eleutheromania____
  • WpView
    Reads 19,506
  • WpVote
    Votes 1,688
  • WpPart
    Parts 71
GENRE: ROMANTIC COMEDY Melati tak pernah menyangka pertemuannya dengan anak jiran rumah sebelah selepas lelaki itu pulang bercuti menjadi titik perubahan. Dia yang lebih suka menyendiri dan menguruskan perniagaan bakerinya tiba-tiba dilamar. Tak cukup emak yang melamar tetapi anaknya pun sama naik! Mana tidaknya... baru saja beberapa hari pulang bercuti ke kampung, Syed Ali sudah sibuk mengekor Melati ke sana sini. Mulut lelaki itu pula memang tak reti diam. Ada saja perkara yang mahu disakat sampai Melati naik menyampah. Bagi Melati, Syed Ali bukanlah lelaki yang sesuai dijadikan suami. Terlalu ramai perempuan di sekeliling lelaki itu membuatkan dia rimas sendiri. Ditambah pula dengan perangai Syed Ali yang suka mengusik dan berlagak tenang setiap kali kena marah, memang cukup membuatkan Melati mahu menjauh. Namun siapa sangka, di sebalik senyuman nakal dan mulut romeo itu, Syed Ali sebenarnya seorang lelaki yang terlalu pandai menjaga hati. Ketika Melati perlahan-lahan belajar menerima kehadiran lelaki itu ke dalam hidupnya, Syed Ali pula mula sedar... gadis yang pernah membaling selipar ke mukanya semasa dia berusia empat belas tahun itulah tempat paling tenang buat dirinya pulang. Dalam dunia Syed Ali yang dipenuhi operasi, latihan dan tanggungjawab sebagai anggota tentera, hanya seorang Puteri Melati yang mampu membuatkan lelaki itu mahu kembali ke rumah setiap hari. Tetapi... mampukah seorang lelaki yang hidupnya sentiasa mempertaruhkan nyawa membina kebahagiaan yang kekal? Atau cinta mereka juga akan diuji oleh jarak, kerinduan dan pengorbanan yang datang bersama kehidupan seorang askar? Eleutheromania. Nami. 2026. ©️
Cinta Kontrak | C by eleutheromania____
eleutheromania____
  • WpView
    Reads 9,498
  • WpVote
    Votes 674
  • WpPart
    Parts 91
Genre: Romance + Drama (Slow Burn) Segalanya bermula dengan satu pertemuan yang menyebalkan. Di kolej, Elaina hanya melihat Ervan sebagai lelaki yang menjengkelkan. Terlalu yakin, terlalu santai dan terlalu suka mengusiknya. Namun, di sebalik semua itu... Ervan diam-diam menyimpan perasaan yang tak pernah dia luahkan. Tahun berlalu. Mereka terpisah. Dan takdir menemukan mereka semula sebagai suami isteri. Bermula dengan kontrak, berakhir dengan... selamanya? Eleutheromania. Nami. 2026.©️
Lumière by onlyblossom_
onlyblossom_
  • WpView
    Reads 102,131
  • WpVote
    Votes 4,279
  • WpPart
    Parts 74
Lyra Elowen Safiya, pemilik sebuah kafe kecil iaitu Lumière yang cozy dan penuh dengan aroma kopi serta kek buatan sendiri. Tak pernah sangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah "perkenalan" yang tak dijangka. Dia cuma kenal Sofea Althea, kawan serumah masa zaman universiti dulu. Sofea selalu bercerita tentang abangnya kepada Lyra. Lelaki yang langsung tak pernah muncul sepanjang kunjungan Lyra ke rumah keluarganya. Ezric Kael Amin merupakan seorang chef terkenal yang bekerja di Hotel Regalia Grand. Kael terkenal dengan sikapnya yang pendiam dan tegas. Dia juga lebih gemar bersendirian dan banyak menghabiskan masa dengan mencipta menu-menu baharu. Kael terlalu sibuk mengejar kesempurnaan dalam dunia kulinari hingga tak ambil kisah dengan hal sekeliling. Sibuk mengurus dapur hotel lima bintang sambil memastikan reputasinya sebagai chef terus unggul. Dia jarang di rumah dan langsung tak ambil tahu tentang "kawan baik" Sofea yang sering menjadi perbualan keluarganya. Tapi bila Puan Hanisah mula menyuarakan niat untuk menjodohkannya dengan gadis pilihan yang tak lain tak bukan ialah Lyra. Dia mula rasa hidupnya terganggu. Tanpa sedar, dua dunia yang selama ini terpisah mula bertemu. Rahsia, konflik dan perasaan yang perlahan-lahan tumbuh menjadikan kisah mereka bukan sekadar tentang makanan atau jodoh pilihan keluarga. Tetapi tentang mengenali diri sendiri dan mungkin juga cinta yang tak disangka.
Racing Flame by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 996,532
  • WpVote
    Votes 51,367
  • WpPart
    Parts 58
DAREEQ EZRA, seorang pelumba Formula 1 yang terkenal dengan gelaran 'Born Racer'. Seawal umur 18 tahun, dia mula mencipta sejarah sebagai pelumba paling muda yang meraih podium. Namun seiring umurnya meningkat, dia mula rasa tekanan dengan kerjaya dan kejayaan sendiri. Kesilapan sedikit mengundang kecaman orang. Dia mula hilang keyakinan. ZEANISSA, seorang gadis yang langsung tak tahu dengan dunia motorsport. Senang cerita, dia tak berminat. Disebabkan ajakan rakan-rakannya, dia akhirnya jejakkan kaki buat pertama kali di litar lumba. "Aku nak pergi dari sini. Aku tak nak duduk sini. Kau ada caranya?!" - Zeanissa Sakit yang dirasakan tidak terperi apabila dia dibenci dan diperlakukan teruk oleh rakan baik sendiri. Zeanissa benar-benar terluka. "Kau pernah cakap kau tak nak duduk dekat sini. Kau tanya aku caranya, and ini jawapan aku." - Dareeq Ezra Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba dia dilamar oleh si driver Mercedes AMG Petronas yang sangat popular dalam dunia Formula 1. Zeanissa mati akal. Namun memikirkan kesedihan yang sedang ditanggungnya, dia bersetuju. Untuk berkahwin dan ikut Dareeq ke Monaco. Perkahwinan yang pada mulanya hanya sekadar atas dasar kepentingan mereka perlahan-lahan menimbulkan perasaan yang melibatkan hati. Namun hubungan yang baru mekar seperti bunga perlahan-lahan layu. "Apa lagi yang abang tipu Zea? Apa lagi?!" - Zeanissa "Abang minta maaf. That freaking jealousy's eating me up. It's killing me inside." - Dareeq Ezra 📎story ni rekaan semata mata 📎maaf kalau grammar berterabur 📎light conflicts Start writing : 04/09/2025 Publish : 17/11/2025 End : 15/12/2025
Titanium Milik Khayra ✔ by NinaFini
NinaFini
  • WpView
    Reads 558,988
  • WpVote
    Votes 24,234
  • WpPart
    Parts 50
Nina Fini | Karya Ketiga Titanium X Nur Khayra Iffat ~Aku tidak tahu makna cinta sehingga bertemu sepasang mata. He's my real definition of love.~ 30/5/2020 - 30/3/2021
𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 307,190
  • WpVote
    Votes 15,711
  • WpPart
    Parts 77
𝐐𝐚𝐬𝐡 𝐈𝐥𝐡𝐚𝐦 | 𝐅𝐚𝐭𝐞𝐞𝐧 𝐍𝐚𝐟𝐢𝐬𝐚𝐡 "Mencintaimu seperti mana aku mencintai-Nya." Bagi Fateen Nafisah, cinta itu sederhana kerana hati manusia dipegang oleh-Nya. Sejauh mana pun mencintai, takkan dapat menghalang seperti mana takdir Tuhan yang sudah tertulis. "Kalau nak cari calon suami untuk Esah, kena cari yang hebat-hebat. Handsome macam yang Esah cakap sebelum ni, sebab Esah cantik." - 𝐅𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀𝐇 Dulunya sekadar gurauan, tetapi siapa sangka gurauan itu telah menjadi kisah nyata buat seorang gadis muda bernama Fateen Nafisah. Hadirnya seorang jejaka kacak mengubah nasib hidupnya. "Kita kahwin. Benarkan abang jadi suami Esah." - 𝐐𝐀𝐒𝐇 𝐈𝐋𝐇𝐀𝐌 Qash Ilham, seorang pahlawan muda yang berjiwa keras. Gagah perkasa seperti saat orang ramai menatap matanya. Prinsip hidup lelaki itu membawa pesonanya. Bila hati mencintai, sekalipun mata tak terlepas daripada memandang figura yang menarik perhatiannya. "Between a man and a woman, it's often the woman who falls in love more easily because her heart listens before her mind speaks." - 𝐅𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀𝐇 "Behind a woman's love lies a man's silent prayer." - 𝐐𝐀𝐒𝐇 𝐈𝐋𝐇𝐀𝐌 Benih-benih cinta mulai tumbuh. Saat kasih dan sayang semakin bercambah, hubungan itu semakin erat. Rindu kepada si pemilik hati. ⚠️ No Plagiarism Allowed
Racing King by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 297,946
  • WpVote
    Votes 22,488
  • WpPart
    Parts 60
Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25
Teman Istimewa by nazblqs
nazblqs
  • WpView
    Reads 35,011
  • WpVote
    Votes 4,068
  • WpPart
    Parts 44
𝓢𝔂𝓪𝓱𝓲𝓭𝓪𝓷 𝓘𝓯𝓯𝓪𝓽 | 𝓐𝓲𝓷𝓲𝓵 𝓘𝓷𝓽𝓲𝓼𝓪𝓻 Perbalahan yang tercetus antara dia dan si kakak sulung, mendorong Intisar untuk membawa diri dari rumah yang tak lagi nyaman untuk dirinya. "Bebaskan Is." - Ainil Intisar Kali ini Intisar nekad ingin meninggalkan rumah tersebut untuk dia hidup berpaksikan kaki sendiri. Tetapi Intisar hanyalah seorang pelajar universiti yang masih terkontang-kanting dalam cubaan hendak berdikari. Dan keadaan yang mendesak itu telah membuatkan dia ambil keputusan mudah untuk menyewa rumah dengan sesiapa sahaja. Termasuklah... seorang lelaki. Yakni jejaka yang dibenci Intisar. "Kau, kalau dah terdesak sangat nak cari rumah sewa, boleh tak tolong fikir yang kau tu perempuan?!" - Syahidan Iffat Iffat sehabis boleh membangkang niat Intisar yang hendak menjadi teman serumahnya. Gadis yang dia berharap daripada dahulu, tidak akan muncul lagi di hadapan mata. Walau apa pun nawaitu yang telah dipasang, tidak semestinya yang sudah dinormalisasi menjadi tiket untuk mereka menghalalkan perkara yang haram. Apabila kedua-duanya tidak ingin mengalah, hanya ada satu jalan sahaja yang Iffat nampak untuk mereka keluar dari kemelut ini.