Novel
73 stories
Sekuat Bunga Ditiup Angin by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 848
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 15
"Kau... Kau anak terbiar. Kau tiada ibu dan ayah. Mereka ke luar negara, tapi kau ditinggalkan. Dijaga oleh orang gaji saja. Sebab itu kau budak terbiar. Anak yang tidak diingini mak bapak!" PERIT buat Aki Maylea apabila dirinya dikenali sebagai anak terbiar. Tapi memang benar. Ayahnya, Ghaffar hanya akan memberinya buku setiap kali balik dari luar negara. Kemudian dia akan ditinggalkan sekali lagi berbulan-bulan lamanya. Hidupnya hanya ditemani dengan si abang, Anmar dan juga buku pemberian Tuan Ghaffar. Kehadiran Penin pula umpama satu mantera. Mantera yang mengejutkan Aki dari sebuah dunia sepi di kediaman Tuan Ghaffar. Namun disebabkan satu peristiwa, akhirnya hidup Aki Maylea berubah.
Takwil Cinta Zulaikha by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 756
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 15
Zulaikha... Dia kejutkan dengan lamaran daripada dua orang lelaki, yang mempunyai pesona yang tersendiri. Sikap prihatin Haikal membuatkan dia rasa disayangi, rasa ada yang benar-benar mengambil berat akan dirinya. "Let's write our story!" -Haikal "Thanks for the gift. Tapi, kenapa nak berahsia?" -Zulaikha Sikap Kamil yang terlampau tenang pula sering kali membuatkan dia tertanya-tanya. Apa benar lelaki itu menyayanginya? "Saya tak pandang kesempurnaan." -Zulaikha "Nama saya bermaksud sempurna. Awak tak pandang saya?" -Kamil Belum sempat dia memilih, kedua-duanya undur diri. Zulaikha terngadah. Tak tau di mana silapnya. "Kenapa you tipu I, Zu?" -Haikal "Ibu, ayah, Kamil rasa... Kamil tak boleh teruskan dengan Zulaikha." -Kamil Namun, perancangan Allah ternyata lebih baik. Saat hatinya rapuh, muncul sinar baharu. Mungkinkah ini yang terbaik buat dirinya? "Maaf untuk semuanya. Jom kita tunang!" Akan tetapi... Jalan menuju bahagia tidak mudah. Sekali lagi dia diuji. Allah datangkan kasih sayang dalam bentuk yang tak pernah disangka. Sang lelaki yang diharap memimpin jalan ke syurga kini sedang berdepan dengan lambaian maut. "Awak layak dapat lelaki yang jauh lebih baik daripada saya, Zu. Mungkin antara kita memang tak berjodoh untuk jadi suami dan isteri." "Sampai hati awak..." Akan adakah sinar bahagia buat Zulaikha? Apakah ia takwil cinta Zulaikha?
Senyumlah Bidadariku by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 21,391
  • WpVote
    Votes 334
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Senyumlah Bidadariku Penulis: Hessa Widad Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-147-9 Harga: RM24.00 (Semenanjung) // RM27.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : November 2019
Intai-Intai Jodoh by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 27,096
  • WpVote
    Votes 421
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Intai-intai Jodoh Penulis: Weeda Airiza Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-148-6 Halaman : 544 Harga: RM24.00 (Semenanjung) // RM27.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : November 2019
Single Terlalu Lama! by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 31,695
  • WpVote
    Votes 497
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Single Terlalu Lama! Penulis: PyNat Mouri Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2321-12-5 Harga: RM 28.00 (Semenanjung) // RM 31.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : November 2019
Tebus by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 16,696
  • WpVote
    Votes 262
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Tebus Penulis: Hana Ilhami Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-96-0 Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Jun 2019
Merinduimu Bukan Sederhana by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 2,638
  • WpVote
    Votes 123
  • WpPart
    Parts 16
[Cerita akan dikemasikini setiap hari 1 bab sehingga bab 15, jam 8.00 malam] Siapa sangka, jarak dan waktu yang tersingkap menyimpan sebuah kebenaran antara Lutfir Hakimi dan Hazie Tsuraya. Bermula dari insiden yang lalu, Lutfir terus membawa rindu yang terpendam lama. Hanya kerana sebaris nama yang hampir sama di atas selembar warkah, dia tersalah sangka lalu terpaksa dia menanggung malu dan ego tidak bertepi. Namun rindunya kepada Hazie bukan rindu yang sederhana. Jauh di sudut hati dia selalu mengharapkan Hazie memandangnya walaupun sekali. "Lama kita tak berjumpa. Abang Kimi sihat?"- Hazie Tsuraya "Kalau belum nak mati tu... Kira sihatlah."- Lutfir Hakimi Bukan dia tak cuba melupakan tentang wanita itu namun mereka bagai dijodohkan kerana bersua lagi. Takdir yang tertulis membuatkan mereka semakin dekat. Kali ini dia tidak mampu menidakkan rindu yang sudah lama menghuni dalam hatinya. Saat rindu yang disemai semakin bercambah, pelbagai dugaan datang menghimpit. Tidak seinci pun dia berganjak jauh daripada Hazie. Menyayangi wanita itu menuntut kepercayaan, keikhlasan dan pengorbanan.Itulah yang dia lakukan. "Kalau aku tak ucap bukan bererti aku tak sayang. Bukan bererti aku tak peduli. Aku tunjuk semua tu melalui perbuatan tapi kau yang tak nampak. Sibuk ukur nilai kasih sayang tu dengan kata-kata."- Lutfir Hakimi "Kalau manusia mampu melakar sendiri takdirnya, takkan ada lagi manusia yang bersyukur kepada-Nya." - Hazie Tsuraya Merindui seseorang cukup melelahkan.Hanya mereka yang mengusung rindu tahu betapa sakitnya hati dibebankan dengan rasa kosong. "Sejujurnya, aku harap surat cinta tu memang untuk aku dan bukan untuk Hakimi. Kau bagi aku harapan seminit kemudian kau hancurkan sekelip mata. Bukan aku tak cuba lupakan kau tapi kau sentiasa ada dekat. Macam mana aku nak move on?" - Lutfir Hakimi Mampukah kerinduan itu mengikat sebuah cinta? Adakah rindu yang hadir itu sekadar rindu yang sederhana?
Pergilah Sayang by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 3,243
  • WpVote
    Votes 105
  • WpPart
    Parts 15
Berakhir sudah ikatan suci yang dijalin selama ini dengan penuh cinta dan sayang. Pedih hati Fatihah tidak dapat digambarkan saat Khairul terpaksa menceraikannya. Mereka harus berpisah. Jodoh antara mereka sudah habis. "Maafkan abang. Abang sudah mungkir janji untuk menjaga Tihah dengan baik. Abang tak mampu tunaikan janji-janji abang." Dengan linangan air mata jantan itu, Khairul menghantarnya pergi. Tak Fatihah duga begini akhirnya kisah mereka. Khairul malah tega memilih untuk pergi bersama yang lain. Menyandang status janda, bermulalah fasa menerima penghinaan demi penghinaan. Seolah-olah menjadi janda itu berdosa. Di bumi Dalat yang indah, dia menemui Mustaza. Mustaza yang ringkas orangnya, tidak cerewet, anak yang soleh. Cuma sayang, tidak bekerja. Itulah, siapa suruh tampar orang masa kerja? Kan dah diberhentikan. Tapi Mustaza lain, dia rajin kopek udang untuk Fatihah. "Terima kasih awak sebab dah tolong buang kulit udang." - Fatihah "Simpan nombor telefon saya. Nanti kalau nak makan udang awak telefon saja saya." - Mustaza "Masalahnya kalau awak nak nombor telefon saya, cakap ajelah. Jangan nak bagi alasan udang bagai." - Fatihah "Saya nak nombor telefon awak sebenarnya." - Mustaza "Kan senang bagi tau awal-awal." - Fatihah Tidak lama kemudian, barulah Fatihah tahu sebenarnya Khairul hanya diperangkap untuk berkahwin dengan Delisha. Khairul tak pernah melupakan cinta pertamanya. Perkahwinan dengan Delisha langsung tidak membuahkan bahagia. "Sayang abang pada Tihah takkan berubah sampai bila-bila. Abang tetap sayang Tihah dan dalam hati abang hanya ada Tihah seorang." Hanya hati Fatihah yang dapat memilih. Dia nekad. Bahagia itu perlu diusahakan, ia takkan datang sendiri. Jalani sahaja hidup mengikut jalinan takdir yang telah ditentukan. Dan siapakah yang akan menemaninya mengharungi takdir cinta terindah itu?
Manis Tentang Kita (Free Chapter) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 1,949
  • WpVote
    Votes 69
  • WpPart
    Parts 15
"S... saya pun nak sembang kejap aje. Awak masuklah. Urmm... Kejap... Saya nak..." Rayyan putus kata-kata. Gugup gila. Jasmine pelik, lalu bertanya dengan nada tinggi. JIRAN tall, dark, handsome tetapi acah pemalu itu menjadi penawar rindu Jasmine kepada ibunya di kampung serta penenangnya kala dia selalu diperlekehkan oleh bosnya yang ego tetapi kacak gila itu. Jasmine terpaksa tinggalkan ibunya sendirian di kampung demi cita-cita dengan janji kepada ibunya yang dia akan selalu balik kampung. Tetapi trauma Firaz dengan pekerja wanita, menyebabkan dia menekan sehabis-habis kudrat Jasmine untuk mencapai jualan tertinggi hingga Jasmine tak dapat balik kampung. Namun, sikap Jasmine yang selamba, kelakar dan hati keras itu sikit demi sedikit mencairkan gunung ego Firaz. Tetapi Rayyan, tak semudah itu mahu mengalah, lebih-lebih lagi apabila mengetahui bos buah hatinya itu terlibat dengan jenayah dan sanggup buat apa sahaja untuk memiliki Jasmine. Rayyan tak mahu Jasmine terus menjadi mangsa pergolakan keluarga Firaz yang tamak dan penuh dendam itu. Malah Rayyan yang gigih memberi dorongan tatkala Jasmine kemurungan tak dapat terima hakikat ibunya meninggal dunia. "Awak tak faham rasa hidup yang dah tak ada siapa-siapa lagi ni. Hidup saya kosong! - Jasmine. "Awak ada saya!" Rayyan. "Terimalah hakikat ni Min. Biar apa pun yang sudah berlaku, awak perlu teruskan hidup. Kalau awak rindukan mak awak, peluklah saya." "Apa? Cakap sekali lagi?" Tapi bukan mudah untuk Jasmine larikan diri daripada Firaz. Dia cuba fahami lelaki yang penuh kisah sedih itu. Dia mahu membantu tetapi bukan sebagai kekasih atau isteri. Biarpun berulang kali Firaz melamar dan menggodanya. Farida juga tak akan biarkan adiknya, Firaz bahagia kerana punya niat buruk. Jasmine dilemma, pengorbanan bagaimana perlu dia lakukan untuk bahagiakan semua orang?
Lamaran Buat Jelita (Free Chapter) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 1,454
  • WpVote
    Votes 53
  • WpPart
    Parts 18
JELITA SURIA, anak gadis Encik Johan. Seorang yang patuh dan taat dengan perintah abahnya. Sentiasa mengingati hukum agama dalam semua perkara dalam hidupnya. Jelita yakin, kepatuhannya itu akan menjanjikan bahagia. Sehinggalah, sebuah lamaran mengubah perjalanan hidupnya. "Abah nak Jelita tinggal di Kairo." Asbab sebuah lamaran, Jelita dihukum oleh abahnya. "Jelita percaya segala keputusan abah adalah yang terbaik untuk Jelita. Tapi, Jelita mohon... lepas ni abah tolong jangan harapkan yang terbaik daripada Jelita." Jelita pergi membawa hati yang kecewa, tanpa mengetahui apa sebenarnya menanti dirinya selepas itu. MIRZA HAIDAR, insan pertama yang menghantar lamaran buat Jelita. Silapnya, dilamar Jelita saat usia gadis itu belum pun mencecah 17 tahun. Lamarannya ditolak mentah-mentah. "Apa susah... nanti dah habis housemanship, masuklah meminang semula. Takkan abah dia nak tolak lagi... dah kerja kut masa tu." RAED, pertama kali melihat foto sepupunya, Jelita, hatinya terpaut. Lalu, menggunakan 'kabel' yang dia ada untuk melihat Jelita dengan lebih dekat. Kabel yang kuat membuatkan dia berjaya. Jelita tiba di Kairo. Tapi, hati Jelita tetap tidak mampu dicuri dengan mudah. "Tapi kalau dah sampai masa nanti, Jelita kena consider lamaran abang dulu, sebelum orang lain." PERKASA ARMANA, bertahun-tahun lalu, hatinya dicuri oleh si gadis yang bernama Jelita. Namun, rasa itu kekal rahsia di dalam hatinya. Walaupun takdir mengatur perjalanan Perkasa di lorong yang berbeza, namun dia tetap menjadikan gadis itu sebagai idola. "Aku pun mahal macam Jelita." Tiga jejaka yang berkongsi impian yang sama. Ingin lamaran mereka diterima oleh Jelita. Namun, pilihannya hanya di tangan Jelita.