og
69 stories
𝐖𝐢𝐥𝐥 𝐁𝐞 𝐁𝐚𝐜𝐤 by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 19,171
  • WpVote
    Votes 2,416
  • WpPart
    Parts 53
"Zarfina Alesya binti Muhammad Khad, abang ceraikan Fina dengan talak satu." Dengan sekali lafaz, maka terlerailah sudah ikatan sah antara Nazrul Dzulhanan dan juga Zarfina Alesya. Bukan kerana orang ketiga, tetapi kerana ego masing-masing yang akhirnya membawa kepada perpisahan. Dan saat itu, Nazrul sangkakan kehidupan mereka akan baik-baik sahaja sambil membesarkan Nayfa Allara. Namun, semua berubah bila Zarfina pergi meninggalkannya dan buah hati mereka. "Abang minta maaf, Fina... abang betul-betul minta maaf. Abang sayangkan Fina sangat-sangat." - 𝐍𝐀𝐙𝐑𝐔𝐋 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 Penyesalan yang akhirnya menghantui diri selama tiga tahun telah mengubah hidup Nazrul Dzulhanan menjadi lelaki yang dingin. Baginya kehilangan Zarfina adalah satu kehilangan terbesar dalam hidup itu. Dia hampir hilang separuh nyawa sehinggalah dia bertemu dengan seseorang yang memiliki wajah yang serupa. "Saya Zafiya. Dan awak siapa?" - 𝐙𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀 Seorang gadis yang memiliki semua yang Nazrul rindukan. Dari wajah, suara sehinggalah perwatakan membuatkan Nazrul Dzulhanan membayangkan bekas isterinya. "Mungkin saya tak faham di tempat awak. Tapi awak kena tahu yang bukan awak sorang je rasakan kehilangan tu. Saya pun rasa benda yang sama. Saya kehilangan kakak saya." Mereka memiliki luka yang sama dengan rasa kehilangan yang sama. Disaat Zafiya ingin mengisi kekosongan yang ada di hati si kecil, satu perasaan yang sudah dijangka akhirnya muncul. "Awak boleh anggap saya Zarfina kalau awak nak." Makin dekat dengan gadis itu, semakin Nazrul sukar untuk melupakan kehadiran Zarfina. Namun siapa sangka, disebalik semua perasaan dan bayangan yang dia lihat telah mengembalikan cinta yang pernah mati. "Temukanlah aku dengan dia, untuk kali ini saja."
Bunga Jagaan Bodyguard [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 182,884
  • WpVote
    Votes 8,252
  • WpPart
    Parts 53
Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar dan kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dulu dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 623,225
  • WpVote
    Votes 54,524
  • WpPart
    Parts 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
Fallen-The Dark Knight(OG) by FaneaNeaa
FaneaNeaa
  • WpView
    Reads 15,311
  • WpVote
    Votes 1,915
  • WpPart
    Parts 40
[FIRST KNIGHT SERIES] READ AT YOUR OWN RISK!!!!!! Disclaimer!! Any resemblance to other stories, whether in reality or existing works, is entirely coincidental and unintentional. Do not copy my works without my permission. Plagiarism is a crime!
𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 396,136
  • WpVote
    Votes 17,468
  • WpPart
    Parts 81
𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐥𝐪𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐲𝐧𝐞 | 𝐇𝐚𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐐𝐢𝐬𝐭𝐢𝐧 "Anggap semuanya cuma perasaan yang tak pernah wujud sekalipun," Tunku Alqaf Zayne tahu satu perkara sejak awal bahawa Haneen Qistin bukan untuk dimiliki. Berkali-kali dia melangkah pergi selepas penolakan yang sama, berkali-kali juga hatinya memilih untuk setia menunggu dari jauh. Namun takdir tidak pernah meminta izin. Satu persatu kehilangan yang dialami Haneen meninggalkan luka yang tak kelihatan, tetapi terasa pada setiap hela nafas Haneen. Dalam ruang kosong yang ditinggalkan duka, Alqaf hadir bukan sebagai pengganti, tetapi sebagai lelaki yang masih menyimpan rasa yang tak pernah mati. Pertemuan demi pertemuan menumbuhkan sesuatu yang mereka cuba nafikan. Di sebalik senyuman dan jenaka ringan, terselit perasaan yang semakin sukar disembunyikan. "Qaf... tolong jadi suami aku?"- HANEEN QISTIN "Tidak. Lebih baik kau cari lelaki lain." - TUNKU ALQAF ZAYNE Di situlah Alqaf mula memahami rahsia yang disimpan Haneen. Dan Haneen pula akhirnya melihat apa yang Alqaf simpan untuknya selama ini. "Something buruk tu takkan terjadi dan aku takkan benarkan benda tu jadi." Antara kenangan yang belum sembuh dan cinta yang datang perlahan-lahan, mampukah mereka memilih satu hati, satu janji, dan satu-satunya yang benar?
SUAMI UNTUK CIK DIVA [OG] by singlelove_
singlelove_
  • WpView
    Reads 7,753
  • WpVote
    Votes 1,317
  • WpPart
    Parts 32
Khalaf Ibrahim & Yasmin Zulaika Khalaf merupakan seorang lelaki kampung dan anak kepada ustaz dan ustazah. Hidupnya selama 28 tahun sangat tenang. Tapi dia bukan hanya merupakan seorang 'lelaki kampung biasa'. Khalaf ada macam-macam perniagaan. Cuma Khalaf lebih suka tertutup dan tidak menonjolkan kekayaan dan kemewahannya. Dia seorang yang sangat ramah dan pemurah. Hampir seluruh gadis kampung menginginkannya. Tetapi takda seorang pun yang menjadi pilihan hatinya. Yasmin.. yasmin. Nama yang suka bagi sakit kepala kepada daddy dan mummy dia. Termasuk juga dengan abang-abang dia dan kakak dia. Pening mereka dibuatnya dengan perangai DIVA Yasmin. Dah tak tahu nak ubah macam mana lagi. Itu lah.. manjakan sangat. Bila dah besar hmm.. diva kau. Sakit kepala tu nak melayan. Apa yang akan jadi bila seorang lelaki kampung dan cik diva berjumpa? Start : 19 March 2026 End :
Move, standby! by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 7,177
  • WpVote
    Votes 738
  • WpPart
    Parts 10
Malaiqa Erdina | Kieran Razen
ZAHRIN'S : HIS STOLEN HEART [OG] by hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    Reads 53,176
  • WpVote
    Votes 3,866
  • WpPart
    Parts 42
ZAHRIN HAIDER - Assistant CEO muda yang terlalu tegas untuk seusianya.Lelaki yang jarang tersenyum, jarang berlembut, dan tak pernah mencampuradukkan kerja dengan perasaan. Bagi Zahrin, dunia korporat adalah medan perang. Dan dia tak pernah kalah. Sehinggalah seorang gadis bernama ZYLEE MELIDA melangkah masuk ke syarikat itu. Sejak hari pertama dia sendiri mengendalikan kemasukan para intern, Zahrin sedar sesuatu tentang gadis itu cara dia menegakkan bahu, cara dia membalas renungan tanpa tunduk. Berani. Degil. Dan terlalu jujur pada mata. "Kalau hari hari saya kena hadap muka encik,macam mana kerja saya nak siap? Encik tak ada kerja lain ke?" - ZYLEE MELIDA "Gaji kau,aku yang bayar.ikut cakap aku." - ZAHRIN HAIDER Buat pertama kali, dia bukan sekadar mahu mencuri hati seseorang.Dia mahu melindunginya. Namun masa lalu Zylee bukan bayang yang mudah hilang. Dan bila semuanya mula menghimpit, Zahrin terpaksa memilih untuk kekal sebagai lelaki dingin yang tak pernah kalah...atau menjadi lelaki yang sanggup berperang demi satu hati yang telah lama dicuri dan dipatahkan. - HEART SERIES 2026 - ZAHRIN HAIDER [ SECOND LEAD ELG SERIES ]
Dalam Luka Ada Kamu by tyasylvie
tyasylvie
  • WpView
    Reads 128,458
  • WpVote
    Votes 14
  • WpPart
    Parts 1
Selepas segala yang cuba memisahkan, kita tetap menemukan satu sama lain.