augustpain's Reading List
192 stories
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 115,919
  • WpVote
    Votes 8,551
  • WpPart
    Parts 33
Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?
Rumah Flat Puchong Part 3 by abahrazif38h
abahrazif38h
  • WpView
    Reads 130,747
  • WpVote
    Votes 413
  • WpPart
    Parts 3
Part 1 dan 2 ada di wix
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,953,666
  • WpVote
    Votes 417,611
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
Sedetik Lebih by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 477,404
  • WpVote
    Votes 45,208
  • WpPart
    Parts 92
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
RAFFAT RUZAIN (SU) by thxnlya
thxnlya
  • WpView
    Reads 74,234
  • WpVote
    Votes 738
  • WpPart
    Parts 3
𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐁𝐎𝐎𝐊♠ [SLOW UPDATE] ♡˚₊✦ᴀɴ ᴏʀɪɢɪɴ ᴏꜰ ᴘᴀɪɴ ✦₊˚♡ 𝘏𝘦 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘢𝘴𝘬𝘦𝘥 𝘧𝘰𝘳 𝘭𝘰𝘷𝘦, 𝘣𝘶𝘵 𝘨𝘰𝘥 𝘴𝘦𝘯𝘵 𝘩𝘪𝘮 𝘱𝘢𝘪𝘯 𝘵𝘰 𝘳𝘦𝘮𝘪𝘯𝘥 𝘩𝘪𝘮 𝘩𝘦'𝘴 𝘴𝘵𝘪𝘭𝘭 𝘢𝘭𝘪𝘷𝘦. Kadang-kadang... hidup ni pelik. Ada orang yang lahir dalam keluarga bahagia dan ada orang macam Raffat, lahir dalam keluarga yang penuh luka. Dia membesar dengan satu prinsip. "Kalau sayang itu menyakitkan... aku tak nak rasa." Tapi dia tidak sedar bahawa dalam hatinya, dia sebenarnya rindu untuk disayangi. Raffat berjaya, dia banyak membantu orang, dengan melakukan perkara yang sedemikian, dia berasa tenang. Sehinggalah Allah menemukannya dengan seseorang yang tak sempurna... tapi cukup untuk menyentuh hatinya yang beku. Perlahan-lahan, dia mula belajar...Allah tak pernah tarik cinta daripada hidup manusia, cuma manusia itu sendiri yang mengunci pintu hatinya. "Aku jahat. Aku tak layak untuk sesiapapun." -Raffat "Awak tak jahat, awak cuma takut untuk tersakiti lagi." -Aryana Dan setiap kali dia rasa nak mengalah, ayat ini selalu berbisik dalam hatinya: "Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (Surah Ash-Sharh: 5-6) Dalam dunia ini, tak ada satu pun manusia yang sempurna. Setiap orang pasti ada titik kelemahan masing-masing. START: 25 OCT 2025 END: ? ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE‼️ ⚠️CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA MATA‼️ 🚫PLAGIAT IS NOT ALLOWED‼️
My mischievous princess  by _urzyraa
_urzyraa
  • WpView
    Reads 13,814
  • WpVote
    Votes 869
  • WpPart
    Parts 22
Aiden Erwan - seorang jejaka yang terlalu mementingkan kerjayanya. Hidup bertahun-tahun tanpa kasih sayang seorang ibu dan ayah. "Bro, kau memang tak nak jumpa ibu kau dah ke? Dia nak jumpa kau-" belum habis kata-kata Haikal, Aiden lalu meninggalkannya. Nayra Arisha - seorang wanita yang telah disakiti berkali-kali oleh kekasih lamanya, iaitu Farish Farhan. Nayra juga seorang wanita yang selalu dimanjakan dengan keluarganya, terutama abang-abangnya. Pertemuan Nayra dan Aiden bermula di Nadira's Café. Mereka sering mengunjungi kafe itu. Aiden mula jatuh cinta pada Nayra ketika kereta Nayra rosak di tengah jalan. Aiden melamar Nayra untuk berkahwin dengannya, tetapi Nayra menolak lamarannya kerana masih trauma dengan kekasih lamanya. Nayra masih memperhatikan usaha Aiden dan menerimanya. Setelah menikah dengan Aiden, banyak masalah yang mereka lalui sehingga Aiden menyuruh Nayra berhenti kerja. Nayra Arisha berdegil, dia tidak mahu meninggalkan syarikat yang dia usahakan selama ini. Mereka hadap segala ujian bersama-sama dan yakin bahawa segala ujian ada jalannya. Setelah mereka merempuh pelbagai ujian dan kebenaran mula terbongkar satu demi satu, mampukah Nayra menerimanya? Mampukah mereka mempertahankan hubungan mereka, atau berakhir di situ sahaja?
MILIK SEORANG KOMANDO by izanynajwa
izanynajwa
  • WpView
    Reads 10,347
  • WpVote
    Votes 369
  • WpPart
    Parts 26
Dia bukan lelaki biasa. Dia tidak menyentuh tanpa sebab. Tidak berbicara tanpa tujuan. Tapi setiap geraknya-memilukan. Dan setiap diamnya-menyiksa. Dr. Adiela Sophelia, seorang pakar bedah trauma, ditugaskan ke Kem Perdana GGK setelah berlaku satu insiden besar di sempadan yang mengorbankan ramai anggota. Di kem elit itu, dia bertemu Leftenan Komando Adriel Isacc-lelaki yang memegang rahsia pasukan, dan juga luka paling dalam dalam jiwanya. Adriel bukan hanya komando terbaik negara. Dia ialah bayang-bayang yang pernah selamatkan negara ini dari kehancuran dalam satu misi sulit yang 'dipadam' dari sejarah rasmi. Tetapi harga kepada keberanian itu ialah trauma, kehilangan, dan mimpi ngeri yang tidak pernah pergi. Pertemuan mereka dimulai dalam dingin dan ketegangan. Tetapi dalam sunyi hutan, di celah misi dan darah, cinta mula bercambah-dalam diam. Namun, cinta dalam dunia mereka bukan semudah itu. Apabila satu konspirasi besar dalam ketenteraan terbongkar, Adiela menjadi sasaran. Demi menyelamatkan nyawa wanita itu, Adriel terpaksa memilih antara amanah negara atau cinta hatinya. Dan lebih kejam-antara hidupnya atau memori cintanya sendiri. Milik Seorang Komando bukan sekadar kisah cinta. Ia adalah peperangan emosi, keberanian, dan pengorbanan. Dan bila ingatan mula pudar, mampukah cinta itu terus hidup... atau ia akan hilang bersama lelaki yang pernah memiliki seluruh hatinya?
KAHFI ✔️ by najahsfieya
najahsfieya
  • WpView
    Reads 470,630
  • WpVote
    Votes 18,576
  • WpPart
    Parts 54
2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before my husband kill you. Clear that, my brother-in-law?" Sangkanya selepas putus dengan si adik, hubungan mereka akan terputus begitu sahaja. Tetapi sangkaannya meleset. Sebaliknya, sangkut pula dengan si abang! Macam mana boleh jadi seperti ini?! Ini bukan perancangannya! "Berhenti ganggu isteri aku, or else, Khalaf Noel. Aku tak bunuh kau sebab kau adik aku. Kalau ikutkan, memang aku tak bagi kau bernafas. Better you know your limits, aku masih boleh bersabar dengan kau." - Nadim Kahfi "Hey, untal! Jangan jadi bodoh ya nak rampas merampas. Kalau kau masih anggap Nadim ni abang kau, tinggalkan Hanani." - Khai Izzryl. @najahsfieya Cerita ringan dan comel
FOREVER MINE  by ZACKISKIE
ZACKISKIE
  • WpView
    Reads 394,607
  • WpVote
    Votes 12,057
  • WpPart
    Parts 68
Book 2 ;COMPLETE {Action+Romance} Luth Mateen Our commando is already fall in love,jejaka yang tinggi lampai berusia 28 tahun yang pernah merasa erti sakit.Bekerja tanpa menghirau kan keadaan sekeliling,dalam diam pada pandangan ketiga hati dia mula terpaut kepada seorang wanita. Aisya Tihany Wanita yang sentiasa mengukir senyuman pada bibir nya,saat menjelang hari kebahagian dia telah di sakiti dengan penyataan yang perit untuk dia terima.Mampu kah dia hadapi ini semua? "Negara perlu kan aku untuk lindungi rakyat seperti kau-Luth Mateen. "We need each other-Aisya Tihany Start:1/7/23 End:16/7/23 ⚠️Hasil dari otak author sendiri ⚠️Typo kesalahan ejaan itu biasa sebab author seorang yang kalut ⚠️Edited