Guccianggun's Reading List
4 stories
THE REVENGE BEGINS © by _niahara_
_niahara_
  • WpView
    Reads 914,400
  • WpVote
    Votes 31,631
  • WpPart
    Parts 88
TUNKU ZAYN QAISER | DINDA ANAYLA "Kenapa aku?! Kenapa mesti aku yang kena tanggung semuanya?" "Salah kau cuma satu. Sebab kau berkongsi darah yang sama dengan dia." Dinda Anayla, kelahirannya hanya untuk dibenci. Dianggap pembawa malang, dipersalahkan atas kematian ibu kandungnya dan akhirnya kehilangan satu-satunya tempat untuk dia berlindung. Hidupnya tidak lebih dari bayang-bayang yang tidak pernah diingini sesiapa. Malam itu, dia dijual oleh darah daging sendiri. Terhumban ke kancah kegelapan, di sebuah kelab malam yang sepatutnya menjadi noktah segalanya. Namun, di saat dia hampir tenggelam, seseorang menariknya keluar. Dia diselamatkan. Itulah yang dia sangka. Namun, hakikatnya penyelamat yang dianggap malaikat itu adalah pemilik neraka yang lebih gelap. Di sebuah pulau terpencil, dia dikurung, diseksa dan dijadikan boneka dalam permainan dendam yang dia sendiri tidak mengerti. "Sejak kau bawa aku ke sini, hanya jasad aku je yang bernyawa." "Dan kau tak boleh mati, selagi aku tak izinkan." Bagaimana dia harus bertahan bila setiap jalan keluar telah tertutup? Bila hatinya mula goyah dengan musuh yang sepatutnya dia benci? Adakah dia mangsa... atau sekadar bidak dalam permainan ini? ⚠️ TRIGGER WARNING & MATURE CONTENT ⚠️ Cerita ini mengandungi unsur emosi berat, keganasan serta adegan yang mungkin mengganggu sesetengah pembaca. Tidak sesuai untuk pembaca di bawah umur atau mereka yang mudah terpengaruh dengan kandungan sebegini. 📌 Baca atas risiko sendiri! 📌 Jika tidak selesa, sila skip atau berhenti membaca. 📌 Author tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan emosi yang mungkin timbul. You've been warned! 🚨
[C] HATI (Buah Hati #1) by MawaAyfa
MawaAyfa
  • WpView
    Reads 270,042
  • WpVote
    Votes 11,103
  • WpPart
    Parts 65
Hamra Adinda x Tuah Iskandar Hamra Adinda Seorang corporate gurlies berjaya! Hidup makan gaji yang diimpakan untuk mendapat kestabilan hidup akhirnya tercapai dengan bekerja di Wakeem Bank. Salah satu bank yang terkenal dan menapak sekian lama di Malaysia. Namun, masalah yang ditimbulkan oleh keluarga sendiri membutakan dia buntu untuk mencari jalan penyelesaian. "I nak kahwin." "Dengan siapa?" "Kanda." Tuah Iskandar Seorang CEO untuk syarikat konglomerat yang dibina oleh Wan. Sampai satu ketika, permintaan Wan membuatkan dia terganggu. Kahwin? Kenapa dia perlu kahwin. Ketika umurnya ranap 30 tahun dia perlu kahwin, wan suruh dia kahwin. Masalah yang dicipta oleh Wan sendiri membuat dia buntu. Terhenti seketika otaknya ligat mencari idea. "Aku nak kahwin." "Dengan siapa?" "Dinda." "Done and Seal, Dinda." ~ Tuah Iskandar ~ "Done and Seal, Kanda." ~ Hamra Adinda ~ (story ringan and minimal konflik)
+5 more
AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD (C) (BAKAL TERBIT) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 2,017,270
  • WpVote
    Votes 127
  • WpPart
    Parts 6
AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD Jika dia permaisuri, aku panglimanya♥️ Bagi Leftenan komander Muhammad Hud Mencintai Huda Dahlia ialah kewajipanya. ❗️Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun sudah meninggal dunia ❗️Cerita ini 100% hasil karya saya tiada peniruan dari nama main lead hingga ke jalan ceritanya kecuali scene memberkas lanun bab 2 dan a few bab saya refer beberapa filem, berdasarkan kisah benar. Maaf jika ada kesalahan tatabahasa saya akan cuba perbaiki😊
Heartless To Falling In Love (Edited Version.) by adrieyanaa44
adrieyanaa44
  • WpView
    Reads 229,291
  • WpVote
    Votes 5,739
  • WpPart
    Parts 76
Haira Arelyne, seorang pelajar universiti dengan hati yang sukar terbuka pada cinta, sedang menjalani hidup yang penuh dengan cabaran iaitu dengan salah faham, kehilangan kawan lama, dan tekanan keluarga yang membebankan. Di tengah kesunyian itu, dunia sekelilingnya penuh dengan rahsia, ujian, dan pandangan yang selalu mengintai. Namun, persahabatan baru mula muncul, dan sedikit demi sedikit, hatinya yang "heartless" diuji oleh kehangatan dan perhatian yang tidak dijangka. Antara drama, kehilangan, dan ujian hidup, apakah Haira akan menemui kebahagiaan yang sejati, atau hatinya akan terus terluka? Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Mana-mana persamaan dengan orang hidup atau mati adalah kebetulan semata-mata ya. Terselit juga sedikit inspirasi daripada pengalaman penulis.