SofeanaSO
Pertembungan dua dunia yang berbeza~
Adam Mikael, seorang ejen yang dilatih untuk tidak jatuh cinta, sehinggalah dia bertemu dengan Hana Sofiana, seorang gadis biasa yang tanpa disedari terperangkap dalam dunia pengintipan dan konspirasi. Ketika Adam ditugaskan untuk melakukan risikan di universiti
tempatan, dia tidak menyangka bahawa Hana menjadi sasaran seterusnya. Dalam misi menyelamatkan Hana, mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan danrisiko kehilangan segalanya termasuk nyawa. Kemunculan semula Liana, bekas rakan sepasukan yang menyimpan dendam dan campur tangan 'organisasi' membuatkan hubungan mereka mula teruji.
"Kau cuma nampak sisi aku sebagai ejen, tapi hakikatnya, aku cuma lelaki yang belajar jatuh cinta pada kau."- Adam Mikael
"Jangan pandang aku macam gadis biasa, Adam. Aku mungkin bukan seorang ejen, tapi aku tahu beza antara cinta dan tipu daya." - Hana Sofiana
Ketika cinta bertemu dengan tugas, kepercayaan mula diuji. Hana dan Adam harus membuat pilihan sama ada setia pada cinta, atau berundur demi keselamatan diri. Ini bukan sekadar kisah cinta. Ini adalah sebuah perjuangan antara kebenaran dan keberanian di dalam
dunia yang penuh dengan muslihat. Apabila rahsia mula terbongkar, mampukah cinta bertahan dalam dunia yang penuh dengan konspirasi?
"Antara cinta dan misi, siapa yang bakal dia pilih... atau siapa yang akan hilang?"