THE SPLIT : BRAHMS
CIK_ZALIKHA
- Reads 515,709
- Votes 43,170
- Parts 30
"Awak! Ada satu kunci tak cukup untuk bilik ni. Awak letak dekat mana? Biar saya pergi cari."- NAYRA
Bila THE RULES BRAYAN dah dihapuskan. Aku fikir aku dah boleh teroka semua bilik-bilik yang ada di dalam rumah ini tanpa takutkan lagi hukuman kerana melanggar peraturan. Bahkan, ada satu bilik berkunci ditingkat tiga yang tidak pernah terusik langsung. Buatkan aku diserang rasa curiga sekali lagi. Tetapi kata Bayan, ia cuma bilik kosong yang pernah menjadi milik seseorang suatu ketika dahulu. Siapa?
"Betul ke kau tak nak teman aku pergi outstation? Macam mana kalau aku tiba-tiba rindukan isteri aku?."-BRAYAN
"Betul. Awak janganlah risau. Saya pandai jaga diri. Lagipun, Elly kan ada untuk teman saya dekat sini."- NAYRA
Selepas dia pergi meninggalkan aku dan Elly di rumah yang besar dan luas ini. Satu demi satu perkara pelik yang terjadi. Kadang-kala sampai buatkan Elly terjaga kerana bunyi seperti ada seseorang pecah masuk ke dalam rumah. Bila diperiksa, tiada apa-apa yang mencurigakan. CCTV pun tiba-tiba sahaja terpadam.
Hendak pendekkan cerita, suatu malam. Semua persoalan kami sudah terbongkar. Muncul seorang figura bertopeng penuh misteri di dalam rumah milik Brayan. Yang peliknya tujuannya bukan untuk mencuri barang berharga di dalam rumah ini, tetapi...
Aku. Akulah tujuannya.
"I'm Brahms. B-R-A-H-M-S. Bram's. Akulah yang selamatkan kau masa kebakaran tempoh hari. Ops! Tak perlu ucapkan terima kasih. Aku buat semua tu, sebab aku gentleman."
"Kenapa awak tak pernah bagitau saya awak ada personaliti lain?"-NAYRA
"Sebab personaliti dia jauh beza dengan aku. Sejujurnya, aku malu bila jadi diri dia."-BRAYAN
"Siapa pun nama yang keluar dari tubuh ni,aku tetap Brayan. Aku tak pernah sesekali anggap diri sebagai BRAHMS. Walaupun aku fikir aku orang lain, tapi perasaan disini tetap sama. Aku suami kau, yang cintakan kau sejak kali pertama kita berjumpa. Yang takkan sesekali biarkan kau terluka atau tinggalkan kau buat kali kedua."