iyliadanial's Reading List
30 stories
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 299,645
  • WpVote
    Votes 18,098
  • WpPart
    Parts 45
📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?
C| SYURGA DADDY [REVAMP] by Greenlope
Greenlope
  • WpView
    Reads 827,157
  • WpVote
    Votes 21,793
  • WpPart
    Parts 55
[Complete] SYURGA DADDY by Greenlope @ Nana Khairi Revamp 2025 Balik Malaysia lebih awal sepatutnya jadi peluang untuk Keisha Ardiena sembuh hati selepas putus cinta dengan ex-boyfriend. Dia cuma nak hidup tenang, jauh dari drama dan kenangan lama. Tapi takdir memang suka main-main dengan dia. Tup-tup, dalam sibuk menyesuaikan diri di tanah air, dia terserempak dengan seseorang yang tak pernah dia fikir akan muncul balik dalam hidupnya - ex sugar daddy. Pertemuan semula yang sepatutnya sekali lalu, bertukar jadi kusut bila Keisha mula sedar... dunia mereka sebenarnya jauh lebih rapat daripada yang dia bayangkan. Satu demi satu rahsia terbongkar, dan semua orang di sekelilingnya mula tahu siapa sebenarnya lelaki itu dalam hidup Keisha.
ADEEL:HIS OBSESSION [COMPLETE] by VY_BEATRIZ
VY_BEATRIZ
  • WpView
    Reads 29,597
  • WpVote
    Votes 595
  • WpPart
    Parts 40
KARYA PERTAMA VYANBEATRIZ Information 🎀 ADEEL:HIS OBSESSION SUDAH DITUKARKAN CERITANYA.KARAKTER PUN SAMA SEPERTI APA YANG AUTHOR KATAKAN. THEIR STORY: CINTA YANG TIDAK AKU MINTA CHARACTER: Hazran Mateen (Adeel) x Dafiyya Qairin (Viaxcy)
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] by Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Reads 1,071,743
  • WpVote
    Votes 48,005
  • WpPart
    Parts 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
Puspita Milik Ishaq | COMPLETE by hasyagrizelle
hasyagrizelle
  • WpView
    Reads 189,838
  • WpVote
    Votes 6,040
  • WpPart
    Parts 52
[COMPLETE] 6th story | SPIN-OFF TAKDIR KITA | Kisah cinta bertepuk sebelah tangan. Si gadis yang memuja salah seorang pegawai polis yang dia temui sewaktu berjalannya operasi penyekatan jalan raya. "Tu...Tuan... tolong..." Rayuan tidak diduga, dipinta pada salah seorang anggota polis yang tidak dikenalinya setelah dia hampir diraba oleh pemandu teksi yang dinaikinya. "Eh, Cik kenapa ni?" "T... Tadi... ada lelaki creepy... cuba nak raba saya..." Kebaikan yang Eshan Ishaq tonjolkan, buatkan gadis bernama Anyra Helsa itu terlalu mudah terjatuh suka. Kata orang, fitrah perempuan itu juga ialah mudah jatuh cinta pada lelaki yang berbuat baik terhadapnya. "Mesti umur dah 30 kan?" - Anyra Helsa "I am at the age that you will respect me." - Eshan Ishaq "Dah kahwin? Ke...single lagi? Kalau single, saya datang masuk meminang," seloroh gadis itu sambil mula tersengih nakal. Penerimaan yang diharapkan namun penolakan yang menjadi jawapan. Oh, tidak pernah seumur hidup dia seberani ini melamar lelaki tapi bila sudah ditolak, makin rasa tercabar dirinya. "Saya tak akan berputus asa, Encik Eshan. Awak tunggu aje masanya tiba nanti." Bakal menjadi kenyataankah tekad Anyra atau ianya hanya dalam mimpi saja? Start : 12/1/24 End : 19/2/25
BIDADARI TUAN ELQAR |PBKL25 by thenssya
thenssya
  • WpView
    Reads 728,131
  • WpVote
    Votes 16,308
  • WpPart
    Parts 27
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam nahas kemalangan jalan raya , kereta yang dipandu dalam keadaan mabuk tersasar menghentam ke bahu jalan . Kini , Tuan Elqar disahkan lumpuh separuh badan . Hidupnya terasa hancur seketika Puan Sri Nor yang khuatir anaknya bakal jangkau usia 30-an tapi masih belum beristeri tambahan keadaan anaknya yang lumpuh , membuatkannya nekad mencari seorang isteri dari untuk Elqar . Berapa jumlah wang yang diinginkan pasti diberikan dengan syarat gadis itu mampu merawat dan menerima keadaan anaknya . Eisya gadis miskin yang terdesak bagi mendapatkan wang untuk pembedahan jantung sang adik sanggup berkorban apa sahaja , namun sangkaannya meleset apabila Tuan Elqar enggan menerima dirinya . Hanya diatas kertas dia bergelar isteri kepada Tuan Elqar tapi kenyataannya dia bagai hamba abdi kepada lelaki itu . " Eisya ! Eisya ! Kau pekak ke ? Aku panggil kau ! Aku nak air ! Hidup kalau menumpang harta orang pandailah jaga diri ! Ni selekeh perempuan kampung ! Tak pandai jaga suami ! " Eisya hanya diam diri tahan sebak dimarahi suami sendiri . " Ba - ik tuan ... " Berlangsung 5 bulan pernikahan rasa cinta dihati Eisya bercambah untuk Tuan Elqar , namun lelaki itu seolah mati rasa dan enggan menerimanya .
SUPER MAMA  by nrlfarahinn
nrlfarahinn
  • WpView
    Reads 2,260,101
  • WpVote
    Votes 119,894
  • WpPart
    Parts 76
Seawal usia 20-an , aku terpaksa bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak encik duda demi tiga ribu sebulan . Pada pandangan orang kaya , tiga ribu tu apalah sangat . Tapi pada aku ..tiga ribu tu besar ya bapak bapak ibu ibu! Anak dia bukan satu , bukan dua tetapi tiga ! Perangai anak-anak encik duda, Isyraf Ayriel ternyata sukar dijangka. Seorang sepesies dingin macam baru keluar dari peti ais, seorang lagi kadang baik kadang hmm malaslah nak cakap. Dan seorang lagi nakal tapi tak nakal. Ah entahlah! " " Nanny, keciknya kereta ni! Tak macam kereta papa pun, kereta papa besar. Kereta papa gajah masuk pun boleh muat. Kereta kecik ni? Hmm, semut masuk belum tentu lepas. " " Kotex tu apa, Kak Liya? " " Atakk uka urokk ( kakak muka buruk ) ! " Bila dah jaga anak duda ni , lama-lama datanglah penyakit miang aku . Aku bukan miang dengan sesiapa pun . Miang dengan crush aku je , bapak budak tiga orang tu . Caturan Ilahi sangat indah. Siapa sangka status aku yang pada awalnya pengasuh kepada anak-anaknya, kini diangkat darjatnya menjadi isteri kepada Isyraf Ayriel. Ah bahagianya! Sayangnya bahagia aku cuma sekejap apabila munculnya sang antagonis tanpa diundang cuba meruntuhkan tiang arasy yang kami bina. Jika orang lain aku masih boleh terima, tetapi mengapa mesti Bella Eryana, bekas isteri Ayriel? Ayriel yang sekarang bukan lagi yang dulu. Yang sayangkan aku, yang cintakan aku. Dia berubah. Jauh berubah sehingga sanggup percayakan orang luar berbanding aku. Aku ni siapa pada dia? Isteri atau teman sebilik semata-mata? Saat diriku rapuh tidak mampu berdiri lagi, si kecil datang menyalurkan semangat. " Kenapa Ayad nak ikut mama? Mama tak kaya macam papa. Mama tak boleh beri mainan yang banyak macam papa. Mama tak ada duit, sayang. " " Ayad tak nak mainan. Ayad cuma nak selalu dekat dengan mama. I love you, mama.. " 90% MALAY 10% ENGLISH
ROUGH LOVE by -unknownn
-unknownn
  • WpView
    Reads 3,113,755
  • WpVote
    Votes 35,122
  • WpPart
    Parts 54
berkisah tentang seorang perempuan terpaksa berkahwin kerana dipaksa tanpa dia sedar dia terjerumus dalam kezaliman lelaki itu adalah seorang kaki pukul perempuan. mak tak kira kau kena juga kahwin dengan doktor gianni~ fatimah aku boleh jadi isteri yang baik dan aku juga boleh jadi monster kalau kau nak~ dahlia saya terima nikahnya dahlia bt zulkiflie dengan mas kahwinnya 6 ribu tunai.~ gianni
Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [TERBIT] by Estellesses
Estellesses
  • WpView
    Reads 496,178
  • WpVote
    Votes 3,698
  • WpPart
    Parts 7
Fayyadh Al-Hakim Amilya Cassandra Will they fall in love? Mampukah Fayyadh menjaga perempuan yang beku seperti Amilya? Bolehkah abangnya, Adryyan Cassondra menyorokkan kerja sebenar mereka berlima? Atau semua ini akan berakhir dengan pengetahun Amilya?