Préféré🌷
9 stories
𝐒𝐄𝐇𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐃𝐈𝐍𝐆𝐈𝐍𝐌𝐔 || 𝐂 by _theserra
𝐒𝐄𝐇𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐃𝐈𝐍𝐆𝐈𝐍𝐌𝐔 || 𝐂
_theserra
  • Reads 232,880
  • Votes 10,511
  • Parts 89
𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐟 || 𝐙𝐞𝐧𝐢𝐚 𝐇𝐮𝐝𝐬𝐨𝐧 [ 𝐇𝐮𝐝𝐬𝐨𝐧 𝐅𝐚𝐦𝐢𝐥𝐲 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥. 𝟏 ] Dingin. Misteri. Tidak tergapai. Zenia Hudson adalah gadis dengan senyuman yang jarang terlihat dan tembok yang tidak pernah runtuh. Di sebalik kehidupan mewahnya di Jerman, dia menyimpan rahsia yang membuatkan hatinya sekeras batu. Namun, di mata Aidan dia adalah teka-teki yang harus di selesaikan. Meskipun setiap langkah mendekati Zenia ibarat berjalan di atas api dan salju. Aidan Hanif pula, lelaki yang melarikan diri daripada kegelapan masa lalunya. Cuba memulakan hidup baru di Jerman. Tetapi pertemuannya dengan Zenia menjadikan harinya tidak pernah tenang. Setiap pertembungan dengan gadis itu menambah satu lagi lapisan misteri yang merantai dirinya. "Kenapa kau susah sangat nak percayakan orang?" ─Aidan Hanif "Kenapa susah sangat nak faham?" "Aku tak perlukan sesiapa." ─Zenia Hudson "Betul ke?" "Sebab cara kau lihat dunia, aku rasa kau paling perlukan seseorang untuk selamatkan kau... daripada diri kau sendiri" ─Aidan Hanif "Jangan cuba faham aku, Aidan. Kau hanya akan sakit seperti ia sakitkan aku." ─Zenia Hudson Namun, semakin dia cuba menjauh, semakin Aidan tekad untuk mendekat. Ada sesuatu tentang Zenia yang tidak mampu dia abaikan. Kedinginan itu melindungi kehangatan yang tersembunyi di bawah luka lama. Ketika hati mula hangat dan rahsia semakin terbongkar, Aidan dan Zenia terperangkap di persimpangan cinta dan dendam. Dalam dunia di mana ego bertembung, dan kebenaran hanya menambah luka. Sejauh manakah kehangatan mampu mencairkan dingin yang memisahkan mereka? "Disebalik kedinginan, ada api kecil yang terus menyala. Tetapi sanggupkah hati yang hangat bertahan untuk membakar?" Read by your own risk. All Rights Reserved @_theserra START: [ 8 OKT 2024 ] END: [ 13 MAR 2025 ]
Signore & Signora [Completed] 🦋 by airashroses
Signore & Signora [Completed] 🦋
airashroses
  • Reads 421,140
  • Votes 18,994
  • Parts 63
Nicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai majikan dan juga karyawan. Siapa sangka, tertekan dengan perangai 'hantu' majikannya, Elle menggunakan kesempatan kefasihan bahasa melayunya dengan menyumpah seranah majikan di dalam bahasa melayu. Namun hal yang tidak terduga terjadi apabila majikannya sendiri rupanya fasih dalam bahasa ibundanya sendiri. Pucat lesi wajah Elle. Dari situ, mulalah kisah cerita mereka yang terkadang merapu, sedih, lucu dan juga pelbagai emosi sehingga tumbuhnya bibit cinta antara mereka. Apakah yang akan berlaku selepas itu, dapatkah mereka dapat bersatu bersama-sama atau adakah halangan di dalam perhubungan mereka? 🦋🦋🦋
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
UNKNOWN [COMPLETE]
CIK_ZALIKHA
  • Reads 798,632
  • Votes 75,057
  • Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
Ian Hayf's: Tengku Seducer ©️ by escritordyanne
Ian Hayf's: Tengku Seducer ©️
escritordyanne
  • Reads 747,399
  • Votes 36,471
  • Parts 54
2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] BLURB INSIDE. Theme song: Reminder - The Weeknd Highest ranking: #1 wattpadmalay #2 wattpadmalay #2 wattpadmelayu
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️ by RosieHaydar
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
RosieHaydar
  • Reads 395,240
  • Votes 13,497
  • Parts 70
3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertemuannya dengan seorang lelaki yang ikhlas menaruh hati padanya telah membuka sedikit ruang pada diri untuk mengenali lelaki itu dengan lebih rapat. Cuba untuk berkawan tanpa menyerahkan hati yang masih kosong. "Amra, saya nak beli kereta lah. Lepas saya beli kereta, saya nak kumpul duit. Saya nak halalkan awak untuk saya," - Syed Harraz Malieq "Encik Hakim jangan ambil serius dengan apa yang Yaz cakap tau. Dia gurau je tu," - Ku Amra Raisa "Kalau betul pun apa salahnya. Tapi make sure jangan terima dia sebab dia desak atau terpaksa. Fikir perasaan sendiri dulu. Hidup sekarang kena selfish. Kalau betul awak suka dia, boleh terima baik buruk dia, why not?" - Syed Hakim Mikael Tetapi satu kejadian telah merubah takdir yang tidak pernah tertulis buat Raisa dan Harraz. Pelbagai tentangan dan amarah yang perlu Raisa dan juga Hakim tempuh akibat dari kejadian itu. "Kalau angah sayang dia pun tak berdosa ibu. Dia isteri angah," - Syed Hakim Mikael "I will not make that happen. Sebelum kau jatuh sayang dekat Amra, better pulangkan dia dekat aku ngah," - Syed Harraz Malieq Bersama-sama Raisa dan Hakim cuba untuk menerima takdir yang sudah tertulis serta merungkai misteri si pelaku yang merencana kejadian yang telah menimpa mereka. Dapatkah Raisa menyesuaikan diri dengan Hakim yang asalnya seorang majikan kepada seorang suami? Dapatkan Hakim mempertahankan perkahwinannya kali ini? ***** Syed Hakim Mikael Syed Ali • Soft-spoken, soft-hearted, protective, clingy Ku Amra Raisa Ku Rafiee • Matang, manja, clingy Start: 5.5.2024 End: 14.8.2024
HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️ by RosieHaydar
HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️
RosieHaydar
  • Reads 435,149
  • Votes 15,222
  • Parts 76
2nd HIS Series Arif Aihan x Eleanor Nadra *Kindly read Lee's: His Saviour dulu untuk lebih faham dan feel 😘 Eleanor Nadra seorang gadis ceria dan nakal di luaran tetapi hidup penuh luka dan duka. Dikongkong oleh bapanya tanpa sebab munasabah. Dibiarkan mencari kasih sayang dari orang luar. Pertemuannya dengan Arif Aihan iaitu adik lelaki kepada rakan baiknya telah menjentik satu perasaan. Perasaan ingin dekat dengan lelaki itu. Sikap prihatin dan mengambil berat lelaki itu padanya membuatkan Eleanor lebih berusaha untuk menawan hati kosong lelaki itu. "Saya nak jadi bini awak." Terus dicop biul oleh Arif Aihan apabila ayat itu diluah dari mulut Eleanor. "Awak tak suka saya ke?" "Suka, tapi sebagai adik." Eleanor pasrah tetapi jauh di sudut hati, tidak pernah dia berputus asa untuk memikat lelaki itu sehinggalah dia menghilangkan diri untuk mencari kebahagiaan yang rupanya palsu. "Kahwin dengan aku Lea. Aku akan jaga kau lepas ni." "Tapi awak anggap saya macam adik awak. Saya tak nak kahwin sebab awak kesiankan saya." Puas ditimbang baik buruk untuk menerima lamaran Arif Aihan dan akhirnya dia bersetuju. Dapatkah Eleanor mencuri hati lelaki yang asalnya menganggap dirinya sebagai adik itu bertukar kepada isteri? Dapatkah Arif Aihan melindungi Eleanor seperti mana dia telah berjanji kepada bapa wanita itu? 💫 Arif Aihan Arian - Tegas, kasar, protective 💫 Eleanor Nadra Emran Nor - Independent, manja 🌼 Konflik ringan. Saya tak nak bebankan fikiran saya yang dah terlalu berat ini dengan konflik berat. 🌼 Ampunkan saya kalau banyak ralat tatabahasa. Mungkin boleh leave komen di tepi untuk saya perbaiki? Thank you in advance! 🌼 Ini cerita kedua saya. Untuk lebih memahami dan mendalami jalan cerita, diwajibkan untuk baca 1st HIS Series, Lee's: His Saviour. 🌼 Dah baca nanti, vote and komen lah! Hihi Thank you! Start: 1.1.2024 End: 10.3.2024
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️ by RosieHaydar
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
RosieHaydar
  • Reads 703,754
  • Votes 22,769
  • Parts 71
1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahun tanpa khabar, mereka bertemu kembali. Aryssa cuba melarikan diri dari lelaki itu kerana terasa jauh jurang pencapaian hidup mereka berdua. 'Jom jadi isteri aku Aara.' Satu ajakan gila dari lelaki yang dahulunya beku, tetapi kini sudah berubah 360 darjah. 'Aku rasa, kita tak boleh teruskan pertunangan ni Ad.' Terungkainya satu rahsia di sebalik kisah silam Ku Adlee Raiz dan Aara Aryssa. Membuatkan Aryssa tidak yakin akan hubungan yang bakal dibina. 💚 Ku Adlee Raiz - Green flag hero, soft spoken, manja dan clingy! 🤍 Aara Aryssa - Independent girl, soft yet strong. ***** 🌼 Konflik ringan & happy ending. Saya tak nak bebankan fikiran saya yang dah terlalu berat ini dengan konflik berat. 🌼 Mana saya tanda (MC) di tajuk bab, itu bukan medical cert ya. Tapi Mature Content. Tak lah mature sangat tapi saya hormat pembaca yang mungkin baru bersekolah ketika ini? Hahaha! 🌼 Ampunkan saya kalau banyak ralat tatabahasa. Mungkin boleh leave komen di tepi untuk saya perbaiki? Thank you in advance! 🌼 Ini cerita pertama saya, please go easy on me! 🌼 Maafkan saya kalau cerita ni panjang sangat. Kalau bosan, sila pergi dari sini. Tapi harap tak bosan haha
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI by nurailirmela
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
nurailirmela
  • Reads 1,317,420
  • Votes 7,724
  • Parts 12
Ezzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata masyarakat. "Sejujurnya, Fayyad dah lama sukakan Alayya" - Fayyad Hazim. Luahan hati Fayyad membawa Alayya pada awan-awangan. Tidak sangka...rupanya Alayya tidak bertepuk sebelah tangan. Hubungan kedua mereka semakin akrab, membiarkan Ezzaq sendirian bersama kesibukannya sebagai pegawai unit beruniform. Tarikh perkahwinan Fayyad serta Alayya semakin hampir. Berbaki 2 bulan sebelum majlis penuh indah itu, Alayya dikejutkan dengan kebocoran rahsia Fayyad. "Begitu mudah kau tikam belakang kawan kau, Ezzaq!" - Alayya Dafeena. "Aku yang tikam belakang Fayyad? Sedangkan Fayyad yang mulakan semua permainan ini. Aku! Aku lah mangsa sebenar!" - Ezzaq Qayyum. Permintaan terakhir Fayyad terpaksa dikabulkan oleh Alayya atas dasar cinta. Majlis pernikahan tetap berlangsung. Namun, Alayya dinikahkan bersama Ezzaq dan bukannya Fayyad Hazim. Rumahtangga yang di bina tidaklah seperti yang Ezzaq inginkan. Namun, jejaka ini tetap berusaha untuk beri yang terbaik buat wanitanya. Berbulan hubungan itu berlanjutan, tidak pernah sekalipun, Alayya cuba untuk terima Ezzaq sebagai suami. "Pegawai Khas Ezzaq Qayyum bin Ahmad Mifzal hilang sewaktu jalankan tugas menyelamatkan tahanan Malaysia" Hati Alayya rapuh. Saat itu, baru Alayya sedar akan silapnya pada sang suami. Doa tidak pernah putus dipanjatkan buat Ezzaq di sana. Persoalannya, adakah Alayya layak terima peluang kedua? Rahsia apa yang di simpan oleh Fayyad Hazim? Dan kemana...Fayyad menghilang?
C | Miss Sunset by jelitalily
C | Miss Sunset
jelitalily
  • Reads 167,331
  • Votes 6,279
  • Parts 57
[COMPLETE] ❗️Siapa tak nak sakit, tidak disarankan untuk baca. Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan waktu senja" - Layla Sofea. "I love the moon, but this time I chose the sunset as my favorite sight. It could be our golden hour" - Tengku Nathan Lufian. Start : 2/12/2023 End : 30/03/2024