𝐌𝐢𝐧𝐞 ✦
5 stories
CINTA KAYYISA by nazblqs
CINTA KAYYISA
nazblqs
  • Reads 6,201
  • Votes 332
  • Parts 17
𝐙𝐚𝐲𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐲𝐲𝐚𝐝 ୨୧ 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐊𝐚𝐲𝐲𝐢𝐬𝐚 Hampir 4 tahun menjalin cinta dengan sang kekasih, hati Kayyisa mula dijentik sesuatu. Hubungan yang selama ini penuh dengan bunga-bunga cinta, tiba-tiba diganggu perasaan asing. Lalu membuatkan Kayyisa tertanya, apakah hala tuju percintaan mereka sepanjang tempoh yang agak lama itu sebenar-benarnya? Mereka cinta sama cinta, sayang sama sayang. Tapi, Kayyisa masih rasa ada ruang yang kosong di dalam hatinya. Dan hal itu menggerakkan dia untuk pulang mencari Tuhan. "Tolong saya, Hajar. Saya nak berubah. Saya nak dekat balik dengan Allah." - CINTA KAYYISA Pabila dia akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah, dada dilapangkan untuk melepaskan Airil. Walau jauh di lubuk hati, Kayyisa masih punya cinta dan sayang untuk lelaki itu. "Then, let's get married if that's what you want." - AIRIL ZAKWAN Tika diri sudah ada niat untuk berundur, Airil pula tiba-tiba minta disatukan. Mengapa baru sekarang? Sedangkan sebelum ini, berjuta alasan yang diberi untuk mengelak. Bagi lelaki itu, bercinta lama pun tak apa selagi adanya setia. "Abi nak satukan Kayyisa dengan Fayyad. Abi yakin, dia lelaki terbaik untuk puteri abi." - ENCIK HASAN Kayyisa tersepit. Di antara kemahuan diri dengan kemahuan abi, yang mana satu terbaik untuk dirinya? "Saya tahu, saya bukan lelaki yang terbaik. Tapi, saya akan cuba jadi yang lebih baik untuk bakal isteri saya, Cinta Kayyisa." - ZAYN AL-FAYYAD Andai sebuah pengorbanan bisa membahagiakan yang tercinta, dia rela terluka, demi mengikhlaskan dua jiwa berbeza rasa bersama.
STUCK WITH YOU © by nazblqs
STUCK WITH YOU ©
nazblqs
  • Reads 12,401
  • Votes 791
  • Parts 10
𝐀𝐦𝐢𝐫 𝐋𝐮𝐭𝐡𝐟𝐚𝐧 ୨୧ 𝐀𝐫𝐚 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐢𝐚 Amir Luthfan. Ara Adelia. Daripada kecil sehingga ke besar, mereka tak pernah berpisah lama-lama. Hubungan persahabatan yang telah terbina selama 18 tahun itu tanpa sedar membuahkan perasaan suka di dalam hati kedua-dua remaja ini. Sehinggalah suatu hari, Amir mendapat tawaran untuk menyambungkan pelajarannya di United Kingdom. Mahu tak mahu, mereka berdua harus berpisah demi masa depan masing-masing. "Jaga diri dan jaga hati. Untuk aku... untuk kita." Itu apa yang Amir dan Ara janjikan. Alangkah indahnya jika ia dikotai. Namun, sayang... selepas 2 tahun Amir di United Kingdom, dia menghilangkan diri dan memutuskan hubungan dengan Ara. 10 tahun berlalu, akhirnya Amir pulang ke tanah air. Bagaimanakah kesudahan kisah Amir dan Ara? Apa jadi dengan janji mereka?
LOVE, IN ACTION!  by nazblqs
LOVE, IN ACTION!
nazblqs
  • Reads 10,856
  • Votes 572
  • Parts 16
𝐇𝐚𝐟𝐢𝐪 𝐈𝐪𝐦𝐚𝐥 ୨୧ 𝐍𝐚𝐚𝐢𝐥𝐚 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐬𝐚 Selaku seorang kakak yang mengambil berat, Naaila cuba menyelamatkan adiknya daripada spesies lelaki tak guna. Lalu, Najla akhirnya mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan dengan Fakha, si teman lelaki yang psiko dan panas baran. Walaupun begitu, Fakha sukar menerima kenyataan dan tetap berkeras ingin menjalin cinta bersama Najla. Menggunakan Naaila, Fakha mengatur perjumpaan demi mendapatkan jantung hatinya semula. Namun, Naaila tetap Naaila. Sekali buat tahi, tiada maaf bagimu. Kata setuju yang diberikan untuk berjumpa dengan Fakha hanyalah untuk memberi kesedaran kepada lelaki itu. Ada sesuatu yang telah Naaila rencanakan supaya dapat membalas segala perbuatan Fakha terhadap adiknya. Malang tidak berbau, pelan itu ranap dan tidak berpihak kepada Naaila. Fakha tidak muncul pada hari kejadian, lalu rancangan Naaila sudahnya memakan diri. Lelaki berbaju hitam yang sepatutnya disimbah dengan air adalah Fakha. Bukan lelaki asing, atau lebih tepat lagi seorang pelakon yang sedang meningkat naik. Akibat kejadian tersebut, Hafiq Iqmal semakin menjadi tumpuan media. Kehadiran Naaila mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya sudah panas di antara dia dan Rania Khan. Oleh itu, Hafiq akan mencari Naaila sampai dapat. Walau apa jua keadaan, gadis itu perlu bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku. "Saya minta maaf." - NAAILA MAISSA "Aku tak jumpa kau untuk dengar permohonan maaf." - HAFIQ IQMAL Naaila bersama hatinya yang resah, Hafiq dengan caranya yang keras. Permulaan perkenalan mereka yang tidak dijangka itu menjadi titik pemula kepada sesuatu. Sesuatu yang bakal menggerakkan hubungan Naaila dan Hafiq ke arah sebuah senario menarik. Apakah rancangan mereka di kala itu untuk meredakan isu yang dilemparkan media? (Blurb akan dikemas kini selepas tamat)
SAPPHIRE : THE LOVE WE ONCE LOST | TERBIT by nazblqs
SAPPHIRE : THE LOVE WE ONCE LOST | TERBIT
nazblqs
  • Reads 358
  • Votes 17
  • Parts 1
𝐋𝐮𝐳𝐦𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 ୨୧ 𝐙𝐮𝐲𝐲𝐢𝐧 𝐁𝐚𝐝𝐫𝐢𝐧𝐚 Perjalanan masa tidak pernah silap aturan, kerana yang ditakdirkan untuk bersama pasti akan menemukan jalan. Luzman dan Badrina bertemu semula selepas 9 tahun, membuka kembali lembaran kisah mereka yang disangkakan sudah tamat. "Aku nak tebus semula masa yang kita dah bazirkan." - LUZMAN HARITH Dua hati yang membara dengan cinta, dipatahkan masa hadapan mengatasi rasa, akankah peluang mendatang bermakna? "Cukup aku tahu kita orang sama-sama mencuba cari semula arah cinta, aku percaya akan jumpa jalan pulang."