We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
SofiyaaaAmour_'s Reading List
133 stories
✓ My Mate, Mr. Bad Boy  by itsavocado_
itsavocado_
  • WpView
    Reads 33,554
  • WpVote
    Votes 1,142
  • WpPart
    Parts 57
"Selagi kau tak bayar ganti rugi, selagi itu aku akan ganggu kau." - Adrian Rafiqi Itulah, siapa suruh kelam kabut sangat? Sekarang dia juga yang kena tanggung. Nak bayar pakai apa? Duit pun dia tiada. Sudah tiada tempat lagi untuk dia bersembunyi, mamat ini akan tetap jumpa dia. Nak tak nak, dia tetap kena hadap. "Apa dia?" - Adrian Rafiqi "Isy, dia ni. Harap muka saja elok, tapi sayang, pekak." - Ayra Qaireen "Kau yang pendek, bercakap pula macam semut. Macam mana aku nak dengar?" - Adrian Rafiqi "Dah kalau saya memang dilahirkan pendek, nak buat macam mana? Siapa suruh awak tinggi sangat?" - Ayra Qaireen Itu sajalah yang akan berlaku, asyik bergaduh saja. Tapi bohonglah jika tidak wujud perasaan cinta antara mereka. Persoalannya, apakah konflik yang bakal mereka hadap? Ketahui lebih lanjut dalam MY MATE, MR BAD BOY. Start: 6 November 2020 End: 30 September 2021
HER PRINCE by Mrs_pororo
Mrs_pororo
  • WpView
    Reads 94,122
  • WpVote
    Votes 2,796
  • WpPart
    Parts 60
Apa? Ingat dipaksa kahwin merupakan perkara yang mudah? Lagi-lagi dengan lelaki yang kita tidak tahu asal usulnya. ISYARA SOFEA seorang gadis yang dipaksa berkahwin demi memenuhi permintaan bapanya. Tetapi belum sempat perkahwinan berlangsung, bapanya meninggal kerana sakit. Beberapa peristiwa melanda dirinya membuatkan dia bersikeras ingin membatalkan perkahwinan mereka. "Kakak nak putuskan ikatan perkahwinan kakak." -ISYARA SOFEA Kerana tidak mahu keluarga dimalukan, ibunya mencari jalan lain, iaitu jodohkan dengan jejaka pilihan ibunya. "Assalamualaikum, isteri saya." Bulan demi bulan, Isyara menempuhi harinya dengan berkahwin bersama lelaki yang tidak dikenalinya itu dengan baik. Dia cuma berharap ini yang terbaik. "Awak kena bercerai dengan dia. Kalau tidak awak akan dalam bahaya, Sya!" Kemunculan bekas tunangnya memburukkan segalanya. Kenapa dia akan berada dalam bahaya jika bersama jejaka itu? Siapa jejaka itu? "Just answer. Siapa awak sebenarnya?" Apakah bahaya yang mengancam mereka? Akankah mereka menempuhi semuanya bersama? Atau ianya hanya sekadar mimpi? "My lovely babygirl." Saksikan hanya di.. Her Prince by Mrs_pororo
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 by ymikasara
ymikasara
  • WpView
    Reads 1,006,305
  • WpVote
    Votes 44,195
  • WpPart
    Parts 49
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan riak itu membuatkan orang terdekat tidak senang jika bertugas bersamanya. Pembatu peribadinya, Dian sahaja yang tahan dengan perangai majikannya kerana Nurul Eira Hazel banyak menolong keluarganya. Oleh kerana sifat dengki manusia padanya, dirinya terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kepalanya cedera parah. Dia koma selama dua tahun dan apabila dia sedar, berita yang amat mengejutkannya adalah dia bisu dan peluang untuk dia kembali bercakap dan bernyanyi terus hilang. Dia juga telah kehilangan harta dan kerjayanya. Dr Hannah Julia. Doktor yang merawatnya selama dua tahun selalu memberikan Nurul Eira Hazel kata semangat. Dia juga mempelawa Nurul Eira Hazel untuk tinggal bersama keluarganya dan secara tidak langsung menjadi ahli keluarga angkat. Kehadirannya diterima dengan kesemua ahli keluarga Hannah Julia kecuali adik keduanya, Hanif Raydan. Hanif Raydan. Lelaki yang berkelulusan tinggi dari salah satu universiti yang berada di Mesir. Pulang sahaja dari Mesir, dia langsung tidak menerima kehadiran Nurul Eira Hazel kerana dia pernah memalukan Hanif Raydan di zaman universiti dahulu. Dia memaki, mencaci malah mendera Nurul Eira Hazel apabila mereka berdua sah menjadi suami isteri. "Aku takkan pernah sesekali cintakan manusia kejam macam kau ni. Kau ingat eh perbuatan kau dahulu? Aku akan siksa kau sampai kau mati. Kau dengar tak?!" - HANIF RAYDAN Adakah dia akan terus menyiksa Nurul Eira Hazel untuk kepuasan hati sendiri? Adakah itu balasan terhadap Nurul Eira Hazel atas sikapnya dahulu? ACHIEVEMENT • Anugerah Buku 2020 | The Heartbreaker • Patahan Ranting Award 2020 | The Best Romance Cover by @FairuzZulaika S t a r t ; 22 Disember 2019 S t a t u s : COMPLETE E n d : 24
KHAI'S FLOARE ✓ by mearacle
mearacle
  • WpView
    Reads 135,059
  • WpVote
    Votes 7,170
  • WpPart
    Parts 51
𝐊𝐡𝐚𝐢'𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐚𝐫𝐞 | 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 AKIF KHAIZURAN. Lelaki jambu yang diminati ramai kerana rupa fizikalnya. Wajahnya tak pernah lekang dengan senyuman. Sifat ramah sudah sebati dengan dirinya. Mulutnya suka menabur kata-kata manis sampai semut pun boleh berkerumun. BUNGA AIYANA. Seorang perempuan yang anti lelaki kerana kisah lampau hidupnya. Hidupnya separuh hancur dek seorang individu yang tak bertanggungjawab. Disebabkan itu dia hilang kepercayaan kepada lelaki. Padanya, hidup bukan berpaksikan lelaki. Dia yakin dia boleh berdiri di atas kaki sendiri. Tapi apakan daya bila takdir menentukan yang dia perlu bertunang dengan lelaki yang tak asing dimata dia meskipun lebih sepuluh tahun mereka tidak bersua muka. Teman sepermainan sewaktu kecil dahulu. Bagaimana penerimaan mereka antara satu sama lain? Fasa pertunangan sudah tamat tempoh. Bagaimana hidup mereka selepas bernikah? Sedangkan sang wanita cukup sensitif dengan sentuhan daripada jantina bertentangan. Manakala sang jejaka sangat gemar dengan sentuhan. Bila hidup berumah tangga, pastinya banyak pasang surut dan asam garam yang perlu dilalui. "Don't force yourself into something that you hate. Tidurlah, Bunga. Kita... penat." -KHAI Hari demi hari, perasaan tidak mahu kehilangan dan sayang hadir antara mereka tanpa dijemput. Cuma bila hati belum cukup pasti, perasaan itu hanya dipendam untuk tidak tahu berapa lama lagi. Mampukah mereka pertahankan rumah tangga yang dibina bukan atas dasar cinta pada pokok pangkalnya? Yang pastinya, banyak dugaan mendatang yang bakal menguji keteguhan hubungan mereka. ⚠️: Contain cliché, cringe and sexual assault storyline. Start : FEBRUARY 2022 End : APRIL 2022 ©mearacle
- sunrise© by haniswrite
haniswrite
  • WpView
    Reads 20,236
  • WpVote
    Votes 1,468
  • WpPart
    Parts 51
( romantik komedi oleh haniswrite, karya ke 8 di wattpad ) Imaan Daiyani Iman Adrith Iman kuasa dua. Apa yang akan terjadi apabila dua insan asing disatukan dan hidup di bawah bumbung yang sama di bumi matahari terbit? "Daiyani, kenapa baju saya terbakar ni?" - Iman Adrith "Iman, awak nak tunggu ulat masuk lubang hidung awak ke baru nak buang sampah ni?" - Imaan Daiyani. dan, perang yang tidak berkesudahan. Sehinggalah akhirnya mereka bergantung harap kepada masing-masing. Tetapi, roda takdir tidak berputar dan terhenti di situ. Ada ujian yang Tuhan berikan sebagai perisa kehidupan. ( full sinopsis di dalam ) hak cipta terpelihara© JULAI 2024
KÏNG. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 205,691
  • WpVote
    Votes 8,572
  • WpPart
    Parts 43
Raja Adrain | Safira Aedrina. before you read please be alert: this story may contain themes or situations that are sensitive or triggering for some readers. if at any point you begin to feel uncomfortable while reading, I strongly advise you to stop for your own well-being. please be aware that the hero in this story carries red flag traits that may disturb your peace of mind or emotional balance. read with discretion. thank you for reading, X.
Hilman Arian by __Ruthbear__
__Ruthbear__
  • WpView
    Reads 10,980
  • WpVote
    Votes 469
  • WpPart
    Parts 42
"Hana, just like the flower." * * * Jalan cerita untuk percintaan seorang gadis bernama Hana....amatlah sukar untuk ditafsir. Memang susah pun!! Lelaki yang pernah aku cintai dah lama takde sejak 2 tahun lalu and aku dah jumpa lelaki lain untuk move on.But....korang tau tak dia bagi tau aku apa bila aku cakap yang aku suka dia? "What?Please wait for my response?I'm sorry,but.....it's not that easy.Ada lagi lelaki lain yang lebih baik untuk kau tapi kenapa kau pilih aku jugak?!" -Hilman Arian Wah....sedap-sedap hati dia je suruh aku cari lelaki lain.But....dah namanya Hana Adra,memang tak sah lah kalau tak menjawab untuk sehari tu. "Hei,Arian!! If I said I love you,just accept it!!" -Hana Adra
Gibran: Shattered Trust [C] by missnobodyz
missnobodyz
  • WpView
    Reads 260,014
  • WpVote
    Votes 8,266
  • WpPart
    Parts 74
Gibran Ghazi x Nur Arabella Kharisa 3rd The Dementors Series Perkahwinan antara Gibran Ghazi dan Nur Arabella Kharisa bukanlah atas dasar cinta, tetapi hasil aturan keluarga. Dahulu, mereka adalah musuh abadi di Universiti Arkadia, sering bertelingkah dalam setiap pertemuan. Namun, demi menjaga nama baik keluarga, mereka akhirnya disatukan dalam ikatan perkahwinan. Bella, seorang wanita yang tabah dan penyayang, berusaha menyesuaikan diri dalam perkahwinan tanpa cinta ini. Dia berharap, seiring waktu, Gibran akan membuka hatinya. Namun, Gibran masih terperangkap dalam bayangan cinta pertamanya. Tanpa pengetahuan Bella, hubungan masa lalu antara Gibran dan cinta pertama lelaki itu menjadi duri dalam perkahwinan mereka. Apabila kebenaran terbongkar, Bella merasa dikhianati oleh suami yang paling dipercayainya. Hatinya hancur, dan kepercayaannya musnah. Gibran, yang selama ini tidak menghargai perasaan Bella, akhirnya sedar bahawa cintanya hanya untuk Bella. Namun, segalanya sudah terlambat. Bella telah lelah berjuang sendirian dalam perkahwinan ini. Kini, Gibran berdepan dengan penyesalan yang mendalam. Dia ingin menebus kesilapannya dan memenangi semula hati Bella. Namun, adakah Bella masih bersedia memberi peluang kedua, atau perkahwinan mereka hanya tinggal kenangan pahit yang tidak dapat dilupakan?
ZAYD IZZUDDIN : HER JUPITER [C] by HaniQadeeja
HaniQadeeja
  • WpView
    Reads 61,900
  • WpVote
    Votes 2,607
  • WpPart
    Parts 41
[1st His Series] Satu tahun enam bulan bukan tempoh yang sekejap bagi Zayd. Dia sempat merasa putus asa saat sang pujaan hati menghilang begitu sahaja. "Aikk facebook deactive? Ig pun dah lesap? Mana dia ni?Asal semua dah takde ni.? Dhea Adreena mana aku nak cari kau ni??" -Zayd Izzuddin "Kau asal bro,macam ayam berak kapur aku tengok muka kau tu." - Aariz Zayyan "Dia..Hilang.." - Zayd Izzuddin "Perempuan yang kau stalk tiap hari tu ke? Alaa tenang lah, Bunga bukan sekuntum. Mungkin kau memang tak berjodoh dengan dia.. Sabar ya makhluk tuhan paling sendu. Hahahaha" - Aydin Harraz "Tapi hati aku nak Dhea." - Zayd Izzuddin Namun siapa sangka kehendak Allah lebih indah dari sekadar harapannya. Dari sekadar hanya mampu melihat setiap postingan di media sosial seorang Dhea Adreena, Zayd kini ditemukan gadis itu. Takdir membawa mereka untuk menjalani sebuah hubungan yang rumit. "Aku rasa Zayd ni gay la weiii" - Dhea Adreena "Astaghfirullahalazim..Dhea Adreena anak pakcik Asyraf kau buta ke wei..Dah terang lagi bersuluh yang Zayd tu suka kau!!" - Nadeera Ayla Entah seperti apa jalan takdir kisah mereka. Apakah rasa yang lama terpendam akan dibalas dengan rasa yang sama? Atau apakah kisah mereka akan berakhir dengan hati yang berkecai. [No Plagiat] ZAYD X DHEA 1st Story by Hani Qadeeja ♥️
Mr. Right by chanbaekhun_wife
chanbaekhun_wife
  • WpView
    Reads 158,951
  • WpVote
    Votes 5,635
  • WpPart
    Parts 44
"Urgh! I guess we are getting married?"tanyaku. Dan Haiqal just jongket bahunya dan pergi ke dinning room. Rude! What is going on with my life? ° Asyura Kathleen Binti Adam Robert seorang doktor yang bekerja di Beaumont Hospital ,Ireland. Asyura menetap di Ireland sebaik sahaja habis belajar di University College Dublin. Asyura bahagia tinggal jauh dari negara asal. Tapi semua benda tak jadi dan tidak kena sebaik sahaja dia menjejakkan kakinya di Malaysia.