fancyfroy
- Reads 67,211
- Votes 4,106
- Parts 66
💌 enemies to lovers trope
🎀 ceo x businesswoman
⭐️ he fell first, she fell harder
🌷 romance, drama, angst, love triangle
Prinsip wanita itu hanya satu sahaja.
Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, lebih-lebih lagi alam perkahwinan.
Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Lebih seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesiapa, menunggu mesej daripada seseorang, bahkan menunggu jodoh yang tak kunjung tiba.
Itulah kata-kata yang dipegang oleh Falia Inara, wanita yang sudah tidak percaya bahawa lelaki baik itu masih wujud.
Namun, siapalah manusia untuk melawan takdir Tuhan? Tuhan itu sebaik-baik perancang. Dalam dia menolak perkenalan dengan semua lelaki, Tuhan pertemukan dia dengan seorang lelaki atau secara spesifiknya, tunangan orang.
"Kau biar betul, Falia? Kau dah gila ke?"
Bukan niatnya mahu menjadi perampas, hanya mahu mengusik sedikit sahaja hubungan lelaki itu. Lebih-lebih lagi setelah mendapat tahu satu kebenaran.
"I tak suka bila you cuba nak buruk-burukkan tunang I!"
Lelaki itu tidak tahu apa motif Falia merapati dirinya. Apa yang dia tahu, semakin dia menolak semakin berani wanita itu mengganggu dirinya sehingga hubungannya bersama si tunang mula terjejas.
"Kenapa you berubah macam ni, Ihsan? Apa salah I?"
"I minta maaf, Aira. You deserve someone better."
Di saat hati jejaka mula terpaut pada si gadis, Falia pula yang perlahan-lahan menjauhkan diri.
"Ini jawapan I, Ihsan. I pilih Gibran."
Benarkah Falia sanggup melukai hati lelaki itu? Bagaimana pula dengan prinsip yang dipegang olehnya selama ini?
Highest ranking:
#01 in Fiction [23/02/2024]