rezzsera's Reading List
8 stories
PLAYGIRL | Qistina by rezzsera
PLAYGIRL | Qistina
rezzsera
  • Reads 157,649
  • Votes 1,529
  • Parts 35
Nama aku Qistina. Queen Qistina Ma. Aku seorang gadis kacukan. Mengambil darah Baba Nyonya daripada mummy aku dan campuran Siam daripada daddy. Dan kami juga keluarga besar berketurunan di-Raja di Siam. Aku tinggal dengan daddy sehingga aku tamat persekolahan di Thailand. Dan kemudian, aku lanjutkan pelajaran aku ke KL. Oh ya. Aku boleh berbahasa Melayu, kerana mummy aku orang Malaysia. Agama? Aku Islam. Tapi itu hanya pada nama. Aku sendiri keliru dengan agama yang aku anuti. Daddy pula tak pernah ambil peduli soal agama dan tak pernah juga cuba membimbing aku adik beradik menganuti agama itu. Jadi aku rasa kenapa aku perlu, bukan? Aku hidup bebas. Terlalu bebas sehinggakan dunia yang aku pijak sekarang jauh dari dunia yang nyata. Aku hidup bukan macam gadis lain. Naluri dan jiwa aku jauh berbeza dengan mereka. Aku gadis yang extraordinary. Oh, bukan. Superordinary. Lebih sesuai. Aku sukakan yang rancak dan cabaran. Hidup aku tak semudah yang difikirkan. Ego dan nafsu aku cukup tinggi bersama dendam yang tersimpan. Pegangan dan prinsip hidup aku mudah, tundukkan lelaki - ambil dan hancurkan jiwa mereka. Aku benci pada mereka. Bermula dari titik hitam yang pernah muncul dalam hidup aku dulu, menjadikan aku Qistina yang baru. Sejak itu, aku tekad untuk menundukkan setiap insan yang bergelar lelaki. Dan ya, mereka tunduk. Tiada seorang pun yang mampu melawan. Tapi bukan, dia. Hadirnya dia sebagai seorang lelaki buat pertama kali dalam hidupku, telah berjaya mengubah aku sepenuhnya. Dari Qistina yang mampu menundukkan lelaki, kini Qistina pula yang ditundukkan. Menjadikan aku Qistina yang penuh dengan dendam dan benci, kepada Qistina yang berusaha mencari nilai diri sendiri. Datangnya dia juga membawa aku mengenali diriNya. Dan dari situlah, segalanya berubah.
TAKUT HANTU 3 by IzzatHaikal
TAKUT HANTU 3
IzzatHaikal
  • Reads 44,375
  • Votes 1,904
  • Parts 9
Tak pernah jumpa hantu? Tak percaya wujudnya hantu? Berani sangat malam2 tidur sorang? Suka bersendiri? Suka duduk dalam gelap? Andalah pembaca paling sesuai untuk antologi siri Takut Hantu. Kali ini, rasakanlah ketakutan yang sebenar. Bersedialah wahai pembaca, mohon berani. Ranking tertinggi Horror : #21
(preview) MANUSKRIP - sebuah novel Rez Khael by BukuFixi
(preview) MANUSKRIP - sebuah novel Rez Khael
BukuFixi
  • Reads 1,236
  • Votes 15
  • Parts 1
Khairil Azriq bin Mustafa aka Kay sedar dia cuma ada 2 pilihan. Pertama, melupakan hasrat untuk menyertai pertandingan menulis novel anjuran publisher kegemaran dia, atau kedua menerima jemputan misteri untuk terbang ke Sandakan. Kay akhirnya ambil pilihan kedua, sebaik dia dijanjikan material yang akan membantu dalam penulisan sulung dia. Semua gara-gara Kay langsung tiada pengalaman menulis. Membuat dia buntu untuk memulakan penulisan. Persoalannya, tepatkah pilihan yang telah Kay buat? Tanpa menyedari yang dirinya sendiri sedang dimanipulasi seseorang untuk menyiapkan satu karyanya yang terhenti sekian lama disebabkan suatu peristiwa, Kay merasa seronok memanipulasi material yang diterima secara misteri sepanjang dia di Sandakan dalam penulisan pertamanya. Di pihak yang lain pula, terdapat seseorang yang hanya menjadi pemerhati dan terus menyalurkan material sambil menunggu manuskrip dia yang seterusnya disiapkan sendiri oleh Kay. Dan bila Kay sedar hal itu, adakah pilihan lain untuk dirinya?
GINJAL - sebuah novel Bali Baim by BukuFixi
GINJAL - sebuah novel Bali Baim
BukuFixi
  • Reads 46,827
  • Votes 1,123
  • Parts 14
Penyiasatan pihak polis ke atas satu siri pembunuhan yang melibatkan ginjal mangsa. Aslan, detektif yang baru ditukarkan ke unit siasatan jenayah, dan dia terus mendapat kes sulungnya melibatkan seorang perempuan yang telah ditikam ginjal. Sedikit demi sedikit dia lalu terobsesi dengan pembunuh bersiri itu. Mampukah Aslan mengesan subjek obsesinya?
SAHUT - sebuah novel oleh Rasis by BukuFixi
SAHUT - sebuah novel oleh Rasis
BukuFixi
  • Reads 48,792
  • Votes 1,343
  • Parts 15
Radhi sedang bersembunyi di dalam bilik guru di sebuah sekolah berasrama penuh bernama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) daripada dikesan oleh rakan-rakan sekolahnya yang telah pun menjadi zombie. Namun, Radhi terpaksa keluar dari tempat persembunyiannya untuk menyelamatkan Sofea. Keadaan mereka berdua sudah dikira baik sehinggalah Radhi mula mengesyaki Sofea terlibat dalam pembunuhan beberapa hari yang lalu. Radhi akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan Sofea bersendirian. Masa diundur pada waktu segala-galanya bermula...
(preview) SUNYI - sebuah novel Nuril Basri by BukuFixi
(preview) SUNYI - sebuah novel Nuril Basri
BukuFixi
  • Reads 1,884
  • Votes 36
  • Parts 1
Herwin seorang yang banyak mulut dan dia tidak ingat masa lalunya. Memorinya hanya bergulir dalam waktu kini. Dia rasa itu biasa, sehinggalah dia sering didatangi mimpi dengan pelbagai gambaran dan suasana aneh. Dan mimpi-mimpi itu adalah petanda bahawa dunia bakal kiamat. Dia bertemu dengan Aloysius, Lady Bazooka, dan Dona dalam waktu tegang, di mana penduduk bumi sudah menjadi tidak bertamadun. Undang-undang dan nilai matawang sudah terhapus setelah kecoh berita mengenai asteroid yang bakal menghentam. Jadi, Herwin ingin mencari keluarganya sebelum kiamat tiba, dan mereka memulakan advencer bersama. Dunia dibekalkan selama 45 hari sebelum ia berakhir menjadi sunyi sepenuhnya.
(preview) NOTA: 3 - sebuah novel Shaz Johar by BukuFixi
(preview) NOTA: 3 - sebuah novel Shaz Johar
BukuFixi
  • Reads 2,046
  • Votes 34
  • Parts 1
"Aku nak bagi story bagus kat kau ni. Memang ada orang yang cuba nak bunuh aku. Aku ada dapat surat. Macam notis. Macam nota. Macam ni ha." - Amri Adnan. Kali ini Ray disogokkan pula dengan beberapa siri nota yang diterima oleh musuh tradisinya untuk dijadikan novel. Setiap satu nota itu mengandungi 117 patah perkataan dan kesemuanya berupa ancaman bunuh. Akibat rasa ingin tahu siapa pengirim dan apa kaitan angka 117 pada nota-nota itu, dia bersetuju untuk mencari jawapannya. Dalam pencariannya itu, dia telah menelusuri dua jalur yang berbeza: Antara memaafkan dendam lampaunya atau terus berperang dengan perasaannya sendiri.