π“₯𝑣𝑖𝑒𝑦𝑦 β„›π‘’π‘Žπ‘‘π‘–π‘›π‘” ℒ𝑖𝑠𝑑 πŸ’‹
4 stories
SUPER MAMA  by nrlfarahinn
SUPER MAMA
nrlfarahinn
  • Reads 2,202,793
  • Votes 118,803
  • Parts 76
Seawal usia 20-an , aku terpaksa bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak encik duda demi tiga ribu sebulan . Pada pandangan orang kaya , tiga ribu tu apalah sangat . Tapi pada aku ..tiga ribu tu besar ya bapak bapak ibu ibu! Anak dia bukan satu , bukan dua tetapi tiga ! Perangai anak-anak encik duda, Isyraf Ayriel ternyata sukar dijangka. Seorang sepesies dingin macam baru keluar dari peti ais, seorang lagi kadang baik kadang hmm malaslah nak cakap. Dan seorang lagi nakal tapi tak nakal. Ah entahlah! " " Nanny, keciknya kereta ni! Tak macam kereta papa pun, kereta papa besar. Kereta papa gajah masuk pun boleh muat. Kereta kecik ni? Hmm, semut masuk belum tentu lepas. " " Kotex tu apa, Kak Liya? " " Atakk uka urokk ( kakak muka buruk ) ! " Bila dah jaga anak duda ni , lama-lama datanglah penyakit miang aku . Aku bukan miang dengan sesiapa pun . Miang dengan crush aku je , bapak budak tiga orang tu . Caturan Ilahi sangat indah. Siapa sangka status aku yang pada awalnya pengasuh kepada anak-anaknya, kini diangkat darjatnya menjadi isteri kepada Isyraf Ayriel. Ah bahagianya! Sayangnya bahagia aku cuma sekejap apabila munculnya sang antagonis tanpa diundang cuba meruntuhkan tiang arasy yang kami bina. Jika orang lain aku masih boleh terima, tetapi mengapa mesti Bella Eryana, bekas isteri Ayriel? Ayriel yang sekarang bukan lagi yang dulu. Yang sayangkan aku, yang cintakan aku. Dia berubah. Jauh berubah sehingga sanggup percayakan orang luar berbanding aku. Aku ni siapa pada dia? Isteri atau teman sebilik semata-mata? Saat diriku rapuh tidak mampu berdiri lagi, si kecil datang menyalurkan semangat. " Kenapa Ayad nak ikut mama? Mama tak kaya macam papa. Mama tak boleh beri mainan yang banyak macam papa. Mama tak ada duit, sayang. " " Ayad tak nak mainan. Ayad cuma nak selalu dekat dengan mama. I love you, mama.. " 90% MALAY 10% ENGLISH
Parallel βœ” by writtenbynoa
Parallel βœ”
writtenbynoa
  • Reads 1,791
  • Votes 607
  • Parts 68
Parallel mengisahkan tentang Ammar, seorang jejaka berusia 27 tahun yang sombong dan tidak ambil peduli akan hal sekeliling. Sikap pentingkan diri membuatkan hidupnya sering huru-hara. Namun segalanya berubah apabila dia menemui sekeping gambar seorang gadis yang pernah hadir dalam hidupnya - gadis yang cintanya pernah ditolak ketika zaman persekolahan, sebelum gadis itu menghilang tanpa jejak. Terkesan dengan kenangan lalu, Ammar bertekad untuk menjejaki gadis itu, hanya untuk diberitahu bahawa dia telah lama meninggal dunia. Berita itu mengejutkan Ammar, lalu membenihkan rasa kehilangan yang amat dalam - bersama penyesalan yang tidak berpenghujung. Namun takdir mengatur sesuatu yang luar biasa. Dalam perjalanan pulang dari majlis pertemuan semula sekolah, Ammar terlibat dalam kemalangan ngeri yang menyebabkan dia 'terlempar' ke masa sebelas tahun yang lalu - waktu di mana gadis itu masih hidup. Ammar yakin, peluang kedua ini adalah kesempatan untuk membahagiakan gadis itu dan menebus kesilapan silam. Namun, semakin dia mencuba, semakin banyak halangan yang muncul. Sejarah mula berubah secara perlahan-lahan. Ammar mula bimbang - jika dia gagal menghalang perubahan takdir, dia bukan sahaja akan kehilangan gadis itu buat kali kedua, malah akan terperangkap selamanya dalam dimensi masa ini, terpisah daripada jasadnya di dunia nyata. Note (s) : Ini novel pertama. Maaflah kalau cerita ni ada ayat berbelit dan susah untuk difahami. Saya dah cuba sehabis baik. Terima kasih. Diharamkan dari mencuri idea saya, terima kasih. Mula : July 1, 2021 Tamat : September 17, 2021
Lanets by -zunally
Lanets
-zunally
  • Reads 3,105,658
  • Votes 308,838
  • Parts 89
γ€Œ completed 」 γ€Œ inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi yang sempurna, belilah buku fizikal (akan datang) πŸ‘πŸ»] Ini kisah sekumpulan 5 orang pelajar lelaki rupawan yang menjalankan bisnes dengan menawarkan servis teman lelaki upahan. L untuk Lee A untuk Ariyan N untuk Nazmi E untuk Edhan T untuk Thaqid. Nampak apa yang kurang? Yeap. Lanets perlukan seorang lagi ahli yang namanya bermula dengan huruf 'S'. Apa Lanets buat? Mereka tawarkan Shah satu tempat kosong. Atau perkataan yang lebih sesuai, paksa. Shah ada masalah. Rambut pendek dan hoodie The Beatles membuatkan Lanets fikir Shah adalah seorang mamat jambu kurang zat besi. Tapi Shah sebenarnya Aishah. Seorang gadis yang masih menangis waktu layan drama korea. ❝ Selamat datang ahli baru Lanets! ❞ ❝ Laknet. ❞ Dah banyak kali Shah cuba beritahu, tapi gagal. Genre: Slice of Life, Teen Fiction Started : 260517 Ended: 110822 [ #1 in teen fiction 121217 ]
Beautiful Broken Rules  βœ“ by qkeiyaaaaa
Beautiful Broken Rules βœ“
qkeiyaaaaa
  • Reads 1,875,192
  • Votes 99,086
  • Parts 75
"π‘―π’π’˜ 𝑳𝒐𝒗𝒆 π‘ͺ𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 π‘ͺ𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 π‘Ίπ’˜π’†π’†π’• 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 π‘Ίπ’‚π’Žπ’† π‘»π’Šπ’Žπ’†?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HAYDER - Seorang lelaki yang mempunyai perwatakkan dingin tetapi kacak dan juga kaya. Dingin apabila bersama dengan orang yang baru dikenalinya. Sweet talker apabila bersama bidadarinya. Dengan status pekerjaannya sebagai seorang pilot lagi membuatkan ramai wanita ingin mendekati dirinya. Tersilap langkah akibat nafsu sendiri. Tetapi, cinta dan mati lelaki ini, hanya untuk bidadarinya sahaja. Sehingga akhir hayat. "Aku tak pernah cintakan kau sebagaimana aku cintakan dia" QAIREEN ZENIA - Seorang wanita bekerjaya. Bekerja sebagai doktor bedah di sebuah hospital. Cantik dan juga setia dengan pasangannya. Wanita yang kuat mengharungi dugaan sepanjang perkahwinannya. Tetapi menjadi wanita yang lemah apabila melibatkan seorang lelaki yang bergelar suami. "But a real friend wouldn't steal her best friend's husband" No Plagiarism Allowed ⚠️ [Status: Completed] Start: 1 July 2021 End: 24 September 2021 Beautiful cover book from @the_nismicha ©️Qkeiyaaaaaa