π‘Ÿπ‘œπ‘’π‘₯'𝑠 π‘“π‘Žπ‘£π‘œπ‘Ÿπ‘–π‘‘π‘’π‘  ✧
26 stories
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 581,818
  • WpVote
    Votes 29,052
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance] Qayl Zachary | Dian Antasya Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 163,373
  • WpVote
    Votes 19,779
  • WpPart
    Parts 55
[3rd romance] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,756,268
  • WpVote
    Votes 62,968
  • WpPart
    Parts 81
[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai?
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 282,202
  • WpVote
    Votes 17,201
  • WpPart
    Parts 44
πŸ“Œ Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?
The Love Sets by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 984,672
  • WpVote
    Votes 42,510
  • WpPart
    Parts 64
STAND-ALONE β‹†Ν›οΈŽ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Kebahagiaannya pernah dirampas saat menyaksikan teman lelakinya mendirikan rumah tangga bersama sepupu sendiri. Dia rasa dikhianati sehingga tekad untuk mengunci rapat pintu hatinya. "Kenapa aku?" "Sebab saya dah jual nama encik." Kerana ingin membuktikan dia tak terkesan dengan berita itu, Della meminta pertolongan Reis untuk menghadiri majlis perkahwinan itu bersamanya. Kekasih palsu. Hubungan dan lakonan yang dibuat-buat akibat keterlanjuran mulut Della. Dan setelah semua itu berakhir, Reis seakan-akan menjauhkan diri daripada Della sehingga mereka bertemu semula. "Aku tak nak berlakon lagi." Reis serius mahu menjalinkan hubungan sebenar. Sejauh mana Della menolak, Reis pasti mendekat. Selagi cinta Della mampu diraih, Reis tak mengalah. Segalanya dia lakukan untuk menakluki hati Della.
Threads of Destiny (COMPLETED) by misryrah
misryrah
  • WpView
    Reads 15,290
  • WpVote
    Votes 737
  • WpPart
    Parts 51
A SPORT ROMANCE #1 [ Adryan hernandez | Zyra caterina ] Zyra Caterina menyimpan perasaan terhadap Adryan Hernandez sejak zaman persekolahan lagi. Namun, cinta itu pernah ditolak dingin, tanpa sebarang alasan. Luka itu membekas lama dalam hati Zyra, sehingga dia belajar untuk berdiri sendiri dan membinaa namanya dalam dunia fesyen. Lima tahun kemudian, takdir menemukan mereka semula di sebuah majlis eksklusif yang menghimpunkan para usahawan ternama. Namun, pertemuan itu tidak seindah kenangan lama lebih-lebih lagi dengan kehadiran Anaryn Jasmie, sahabat rapat Adryan yang digelar sebagai "teman tapi mesra." Dalam dunia yang dilingkari status, reputasi dan ego, adakah Adryan mampu menebus kesilapan lalu dan mendapatkan kembali hati wanita yang pernah dia tolak dahulu? Atau segalanya sudah terlalu lewat untuk cinta yang terjalin semula di antara dua jiwa yang pernah terpisah oleh takdir? "So you still remember." ZYRA CATERINA.
His Daisy | Complete by Hergatd
Hergatd
  • WpView
    Reads 56,539
  • WpVote
    Votes 1,765
  • WpPart
    Parts 36
"Takdir yang berlaku antara kita." Jika diberi pilihan untuk berkahwin, mesti kita mencari jodoh yang sesuai. Tapi apa pula rasa apabila jodoh itu bukan dicari tapi diberi? Start:17 July 2024 End:25 December 2024 Dilarang sekeras-kerasnya menciplak karya ini.
TOUCHLIGHT [𝐂] by louisays
louisays
  • WpView
    Reads 21,991
  • WpVote
    Votes 1,829
  • WpPart
    Parts 45
Touchlight not Torchlight. Sejak kehilangan penglihatan, dunia Tasneem terasa semakin sempit. Setiap langkah perlu berhati-hati, setiap keputusan penuh keraguan. Dia tak pernah sangka hidupnya akan berubah sekelip mata. "Saya minta maaf... saya asyik menyusahkan awak." "Tak pernah sekali pun aku anggap kau beban, Tasneem." Bagi Ukail, membantu Tasneem bukan satu tanggungjawab. Ia sesuatu yang dia lakukan dengan rela hati, tanpa mengeluh, tanpa meminta balasan. Dia yang sentiasa ada ketika Tasneem hampir jatuh. Dia yang mengingatkan setiap langkah. Dan dia juga yang perlahan-lahan mengajar Tasneem untuk percaya semula pada dirinya sendiri. "Pelan-pelan Tasneem.... ikut suara aku. Aku ada dekat sini." Namun bagi Tasneem, kehadiran Ukail kadang-kadang terasa seperti hutang yang tak mampu dibayar. Semakin dia bergantung, semakin dia takut satu hari nanti... lelaki itu akan pergi. "Saya cuma takut... satu hari nanti awak penat dengan saya." Kisah dua insan yang dipertemukan dalam keadaan yang tak sempurna. Seorang yang sentiasa memberi tanpa mengira apa yang dia simpan sendiri. Dan seorang lagi yang belajar bangkit, walaupun hatinya penuh luka. Kadang-kadang, orang yang paling kita harapkan... juga orang yang paling kita tak sanggup kehilangan. "Kalau kau jumpa cahaya nanti, jangan cari aku di situ. Aku ada dalam cara kau melihat dunia." 🌠🌠🌠 To my consistent voters... i see you & i appreciate you so much 🫢🏻 [DON'T COPY OR PLAGIARIZE MY WORK 😠]
PLAYBOY PALING SWEET [C] by theycallmeAzaleaRose
theycallmeAzaleaRose
  • WpView
    Reads 712,907
  • WpVote
    Votes 24,447
  • WpPart
    Parts 43
Characteristics of a PLAYBOY 1. Have many women friends. 2. Smart stringing words 3. Highly confident. 4. Chameleon boy. 5. Broken promise. 6. Mr. Future. Hmmm, memang kena sangatlah characteristics itu dengan seorang lelaki yang bernama Eshan Mikhael. Bak kata Maryam Almassyifa, dasar buaya darat tembaga tua! Semua perempuan ingin disapunya. Dijodohkan oleh keluarga, membuatkan mereka berdua tidak henti-henti bertikam lidah. Lagi-lagi si gadis itu ialah Maryam Almassyifa, jangan haraplah dia mahu menyerah kalah. "Apa main pegang-pegang tangan orang ni? Saya tak suka buaya darat tembaga macam awak sentuh-sentuh saya. Sila berdiri lima meter jauh dari saya. Kalau nak jauh lagi, satu kilometer." Kena pula dengan calon ayahnya, si Eshan Mikhael, typical international playboy. Pervert! "Kau hak aku dan kau milik aku. Jadi apa masalahnya? Aku nak peluk kau ke, cium kau ke, suka hati akulah. Lebih daripada tu aku boleh buat sebab kau isteri aku yang sah." Perkahwinan tanpa cinta, bertahankah?
Edge Of The Circuit Vol 1 by thelunarelle
thelunarelle
  • WpView
    Reads 2,587
  • WpVote
    Votes 157
  • WpPart
    Parts 30
Takdir mempertemukan mereka semula di bawah cahaya terang Las Vegas, di mana api yang lama telah mula menyala semula... tetapi begitu juga rahsia gelap yang mampu memusnahkan mereka berdua. Dalam dunia ini di mana kelajuan adalah segalanya, kepercayaan semakin sukar dicari. Sejauh manakah dia sanggup berlumba demi cinta atau maruah? "You're really going to help me fix this mess?" - π‹π„π€ππƒπ‘πŽ 𝐕𝐀𝐒𝐐𝐔𝐄𝐙 "Don't flatter yourself. I'm just here to make sure that you don't embarrass yourself on the track." - π„π‹π•πˆππ€ π™π€π‘πˆπ„π‹π‹π„ "That quite harsh, but still you're the one who knows how to make this beast roar." - π‹π„π€ππƒπ‘πŽ 𝐕𝐀𝐒𝐐𝐔𝐄𝐙 ''That's because I'm the one who handle it. Don't you remember?" - π„π‹π•πˆππ€ π™π€π‘πˆπ„π‹π‹π„ "Yeah... I remember every single it. And maybe that's why I never stop hoping you'd come back." - π‹π„π€ππƒπ‘πŽ 𝐕𝐀𝐒𝐐𝐔𝐄𝐙 π‡π’π π‘πžπ¬π­ π‘πšπ§π€π’π§π  : #1 in sports 🎡 - Somebody Else by The 1975 All Rights Reserve @thelunarelle @THELUNARELLE, 2025