Karya by atulaisy_CKK
21 stories
Diora by atulaisy_ckk
Diora
atulaisy_ckk
  • Reads 6,415
  • Votes 781
  • Parts 19
Diora dan Osiris. Kedua-duanya merupakan mahasiswa yang sedang menuntut pengajian di Universiti Kalopsia. Berada di dalam bidang dan cabang pengajian yang sama namun berbeza cara kehidupan. Diora dengan rutinnya. Osiris dengan hidupnya. Tapi ada sahaja pertemuan yang berlaku di antara sang dara dan sang arjuna. Diora bukanlah seorang gadis 'nerd' atau gadis ulat buku. Namun, itu tidak menandakan gadis itu tidak suka membaca, malah dirinya seorang pencinta buku. Tidak kira fiksyen mahupun bukan fiksyen. Bingkai kaca mata yang selalu tergantung di hujung puncak hidung bukanlah menandakan Diora seorang 'nerd' tetapi dia rabun jauh. Gadis yang membawa nama makna 'emas' cuma gadis biasa yang sedang menjalankan kehidupan seorang pelajar yang ingin menjulang kejayaan di menara gading. Inilah kehidupannya sebelum menempuh dunia realiti yang penuh cabaran serta dugaan. Osiris bukan lelaki popular kerana dia yakin dalam seribu orang pasti ada wujud seorang yang tidak mengenali siapa dirinya. Namun kenyataan itu tidak dapat dinafikan kerana namanya kerap menjadi buah mulut mahasiswi-mahasiswi universiti. Rupa ada, harta pun ada. Bukan dua itu sahaja menjadikan jejaka itu dambaan wanita. Beza kan mereka? Tetapi, ada sesuatu yang menjadikan mereka tertarik di antara satu sama lain. Hendak kata suka, tak dikata. Hendak kata cinta, tak diluahkan. Namun, rasa itu, ada. Wujud di dalam sudut hati yang paling dalam. Akan adakah takdir di antara Diora dan Osiris? Makluman: Diora akan di update setiap minggu pada hari Jumaat. Thanks for the supports, love and comments ♡♡♡
APAIXONAR by atulaisy_ckk
APAIXONAR
atulaisy_ckk
  • Reads 5,406
  • Votes 129
  • Parts 9
SEBELUM INI DIKENALI SEBAGAI MRS. FIRDAUS APAIXONAR (n.) the act of falling in love, to fall in love with someone or something MENCINTAI tak semestinya memiliki... Tapi bagaimana kalau sekiranya yang dicintai itu suami aku sendiri? Bukan ke aku berhak untuk memiliki dia luar dan dalam? Hubungan percintaan siapa sahaja yang tidak didatangi ujian, dugaan serta pancaroba. Dugaan dalam sesebuah hubungan merupakan sebuah ujian. Sama ada untuk mengeratkan atau meleraikan tali sesebuah hubungan itu. Dapat ke aku menakluki hati dan cinta dia yang bergelar suamiku? Dia yang masih berpauh teguh pada dahan cinta pertamanya. Andai dia dilukai, ada ke peluang untuk aku menduduki hatinya sekali gus mengubah cintanya kepada aku? Akan ada ke rasa bahagia buat aku saat bergelar isteri kepada Tengku Syed Firdaus Al Amin Tengku Syed Warfiq Al Ikhlas atau adakah aku cuma sekadar persinggahan dalam hidupnya tanpa berpeluang memiliki cinta dia? Bukan mudah aku untuk memegang gelaran Mrs. Firdaus. Meskipun jasad kau kumilik, jiwa kau masih miliknya - Shafira Liyana Adam Micheal
YEOUBI by atulaisy_ckk
YEOUBI
atulaisy_ckk
  • Reads 84,966
  • Votes 8,209
  • Parts 53
(n.) the sun shining through rain Melisa, seorang gadis yang selamba. Leonardo, seorang lelaki yang misteri. Mereka berdua bertemu di taman tasik. Sedang Melisa menjadi model memperagakan baju pengantin rekaan kembarnya, Leonardo pula mencari pengantin terjunnya. Dia perlu berkahwin untuk memastikan kuasanya sebagai ketua Barboni Famiglia kekal. Melihat seorang perempuan berbusana baju pengantin, dia terus mengheret gadis itu ke dalam khemah putih di mana perkahwinan mereka berlangsung dan akan diraikan oleh ahli-ahli kumpulan Barboni Famiglia. Melisa tidak berpeluang untuk membantah atau bersuara. Jari manis tangan kanannya disarungkan cincin emas oleh lelaki asing yang dia tidak tahu namanya. Apakah yang akan berlaku selepas Melisa bergelar isteri kepada Leonardo, ketua Barboni Famiglia? Akan ada pertemuan kedua ke selepas Melisa berjaya melepaskan diri? Kalau orang selalu guna perkataan bidan terjun, dia Melisa digelar 'pengantin terjun' oleh Leonardo. Bagaimana kisah 'pengantin terjun' ini bersama 'suami misteri'nya? Nantikan!
KILIG by atulaisy_ckk
KILIG
atulaisy_ckk
  • Reads 19,504
  • Votes 1,664
  • Parts 17
Selama ini Melisa menyangka dia cumalah seorang 'penjaga jodoh'. Di mana setiap kali ada lelaki yang muncul dalam hidup dia dan cuba mencipta hubungan percintaan pasti hubungan itu kecundang di tengah jalan. Sedangkan, impiannya adalah untuk memiliki pasangan hidup sebelum umurnya mencapai 25 tahun. Namun, pada hari lahirnya yang ke 21, hubungannya sekali lagi menemui jalan mati. Hanya kerana lelaki itu menjadikan dia sebagai batu loncatan untuk mendekati sahabatnya. Memegang gelaran single/bujang pada umur 26 tahun, Melisa tidak berjaya mencapai impiannya. Sehinggalah, pada hari dia menemui Stefan. Berselisih dengan lelaki itu, Melisa sangkakan ia hanya sekadar perselisihan biasa. Tapi, tidak. Sesuatu yang mengejutkan dan tidak terjangkau di fikiran Melisa akhirnya terjadi hanya kerana pertemuan dia dengan lelaki yang bernama Stefan. Untuk tahu kisah Melisa, 'penjaga jodoh' yang mati hati untuk bercinta mengenal cinta semula. Pastikan anda add KILLIG di dalam reading list anda. Terima kasih. - 🌼
CAFUNÉ by atulaisy_ckk
CAFUNÉ
atulaisy_ckk
  • Reads 3,465
  • Votes 355
  • Parts 5
Dalila muncul di dalam dunia cerita dongeng Puteri Salju bersama Tujuh Orang Kerdil. Namun, jalan cerita tersebut tak sepertimana yang dia dengar semasa waktu kecilnya. Siapa dia di dalam dunia cerita dongeng itu? Siapa Puteri Arang? Kenapa yang muncul Tujuh Jejaka Kacak? Mana perginya Tujuh Orang Kerdil? Semua persoalan ini akan terjawab jika anda mengikuti pengembaraan Dalila yang penuh jenaka dan aksi... dan mungkin juga akan ada romantik. Kalau di dalam Puteri Salju ada Putera Kacak tapi di dalam cerita Dalila ada Calix. Siapa sebenarnya Calix? Nota daripada Aisy si Author - Anda rasa Aisy boleh bawa cerita dongeng ini kepada cerita yang lebih menarik? Jangan lupa add ke dalam Reading List anda! Berikan Aisy peluang untuk cuba sesuatu yang baru. Jangan risau, jangan bimbang. Cafuné adalah sebuah cerita yang akan bawa anda menaiki roller coaster! Btw, nak habaq awal-awal... maybe cerita ini akan slow update sebab kulias Aisy masih lagi berjalan seperti biasa walaupun via online!
KISMET by atulaisy_ckk
KISMET
atulaisy_ckk
  • Reads 311,051
  • Votes 15,823
  • Parts 71
Fate Destiny. Takdir yang tercipta. Siapa sangka, percutian kerana terpaksa aku relakan Adel, membawa dia menjalani sebuah pengembaraan di mana dia bakal menemui cinta sejatinya. Tapi, cinta, dicinta dan mencintai tidak semudah yang disangka. Indah bila dibuai, namun perit bila dilukai. Tapi, Adel bukan sebarang gadis yang membuatkan dia putus di tengah jalan. Segala cabaran cuba dia tempuhi untuk menemui jalan pengakhiran. Sepupunya Vivy dan Muaz merupakan sebahagian dari hidupnya dek mama dan mak long hanya dua beradik. Malang buatnya apabila sepupu yang sepatutnya boleh dianggap seperti adik beradik sendiri merupakan musuh ketatnya. Mereka asyik bercakaran sehinggakan yang berada dikeliling mereka penat dan lelah melihat mereka asyik bergaduh dek sebab tidak sebulu. Muaz, si kecil 5 tahun mempunyai latar belakang yang penuh rahsia tidak menjadi isu buat Adel. Kerana, dia menganggap si kecil itu seperti adiknya sendiri. Tapi, sebaik dia di dalam cengkaman si lanun berlagak sangkaannya meleset sama sekali. Muaz yang disangka biasa bukanlah biasa-biasa. Dalam terbit cinta di hati, cinta buat keluarganya jadi risiko. Terdapat banyak rahsia yang terlindung daripada pengetahuan dia. Adel dan pengembaraan percutiannya kali ini, membuka lembaran 1001 rahsia.
IMBER by atulaisy_ckk
IMBER
atulaisy_ckk
  • Reads 1,296
  • Votes 73
  • Parts 1
CERITA PENDEK TEMA: FANTASI (SERIGALA) KLIK BACA DAN TAMBAH DALAM SENARAI PEMBACAAN ANDA. SEKADAR PERKONGSIAN CERITA PENDEK YANG DITULIS AISY UNTUK TUGASAN KULIAH SEMESTER INI.
ENIGMA by atulaisy_ckk
ENIGMA
atulaisy_ckk
  • Reads 306,969
  • Votes 14,052
  • Parts 35
CERPEN ROMANTIK
PAWKY by atulaisy_ckk
PAWKY
atulaisy_ckk
  • Reads 680,880
  • Votes 24,514
  • Parts 58
Bergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama Hasha Irdina Qaisara. Lemah betul bila kena cari duit sendiri tanggung perbelanjaan hidup seorang mahasiswa. Itu belum lagi bila telefon dia berdering... Hadha yang sering mencari dia dan hanya tahu meminta duit. Sakit kepala dia hanya Tuhan sahaja yang tahu. Nasib baik Hasha ada sahabat baiknya, Eddy. Kawan merangkap teman rumah yang sangat memahami dan masak benar dengan masalah yang dihadapinya lagi-lagi apabila melibatkan Hadha. Masa dia tengah melangut dalam dunia sendiri dimana pensyarah tengah membebel di depan menyampaikan ilmu dia mendapat idea. Idea yang tidak masuk akal tapi masih lagi boleh diterima akal. Apakah idea Hasha? Pawky yang didefinisikan sebagai sly, cunning dalam bahasa Inggeris akan memaparkan watak sisi nakal, pelik dan unik Hasha Irdina Qaisara. Telatahnya yang cuba mendapatkan apa yang dia mahukan dengan apa cara sekalipun. Aduhai, risau dibuatnya. Adakah idea Hasha itu akan memakan dirinya? Nantikan... Jangan lupa letakkan Pawky dalam READING LIST! Dan, FOLLOW setiap bab yang akan diPUBLISHkan di WATTPAD!
Twitterpated by atulaisy_ckk
Twitterpated
atulaisy_ckk
  • Reads 229,291
  • Votes 11,811
  • Parts 37
Loves-struck! Sometimes loves suck! Saat pertama kali aku melihat mata kelabu asap itu. Jantung aku membuat kerja lebih masa. Sampai aku perlu menepuk dada, menenangkan diri. Tidak mahu Aaron atau orang sekeliling dengar bunyi denyutan jantung aku. Lelaki itu juga memandang aku tapi memberikan senyuman sinis. Riak menang terpalit di wajah itu melihat aku. Nampaknya dia biasa dengan riak wanita-wanita yang terpaku, terkaku, dan membeku melihat mata kelabu asap itu. Dia bukan orang yang biasa-biasa. Bodoh? Ya, aku bodoh sangat apabila menerima lamarannya. Lamaran sebagai kekasih. Mula-mula kenal dia, memang beku dan tegas. Tetapi, lama-lama dia tak ubah macam seekor anak beruang yang manja dan nakal. Keluarga aku tahu hubungan aku dengan dia. Tapi, berbeza pula dengan dia. Aku Nurul Syarifah Kierha, anak sulung kepada pasangan Kevin Syed Al-Hakeem dan Tsabitah Fakeehah. Jatuh cinta dengan dunia mafia yang memang dipenuhi dengan kekejaman. Malah, aku juga sudah jatuh cinta dengan ketua mafia Giorzen! ADD TWITTERPATED DALAM LIBRARY! WRITTEN BY ATULAISY_CKK 2019