JD
124 stories
The Tamed King  (Complete) by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 101,878
  • WpVote
    Votes 3,372
  • WpPart
    Parts 86
1st book PANDORA Series | Kian Damien x Ines Madelynn | Kian Damien, si Untamed King yang tidak pernah terusik oleh sesiapa. Muncul Ines Madelynn, gadis baru yang dingin dan penuh misteri. Tarikan antara mereka kuat, namun kisah itu berakhir dengan perpisahan yang menyakitkan. Ines menghilang, meninggalkan Kian dengan rasa dikhianati. Sembilan tahun kemudian, takdir mempertemukan mereka semula di universiti. Rasa yang pernah terpadam mula menyala tetapi bersama itu muncul rahsia lama. Dendam yang terpendam dan luka yang belum sembuh. Ines kini kembali sebagai wanita yang berani menuntut haknya dan bertekad menundukkan ego Kian, sama seperti Psyche menakluki Eros. Kian pula 'raja' yang sukar dijinakkan, mula goyah di hadapan satu-satunya wanita yang mampu menjatuhkannya. Namun cinta mereka bukan sekadar perasaan tetapi peperangan antara kuasa, masa lalu, dan hati yang saling memiliki. "I will tame you, Kian Damien." - Ines "Then try, my queen." - Kian Dalam perjuangan mencari kebahagiaan, mereka harus memilih. Menyerah kepada luka lalu, atau melawan bersama demi cinta yang tidak pernah padam.
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 280,924
  • WpVote
    Votes 17,175
  • WpPart
    Parts 44
πŸ“Œ Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?
C β”‚PUJAAN HATI TUAN INSPEKTOR by lazysya
lazysya
  • WpView
    Reads 47,559
  • WpVote
    Votes 1,803
  • WpPart
    Parts 20
Simple and short story by @lazysya "I'm not someone you should date." - Zea Xavera "Yes, I know. You're someone I should marry." - Daniyal Farique DANIYAL FARIQUE Bukan mudah bagi seorang Inspektor polis seperti dia untuk mencari pasangan hidup. Hasilnya, dia telah membujang selama 30 tahun. Uminya pula tak henti-henti mendesak agar dia segera berkahwin. Tapi nak cekau siapa? Awek pun tak ada! Sampailah satu hari, dia bertemu dengan cinta pertamanya. Masalahnya? Awek tu beku tahap ais Antartika. Setiap usaha yang ditunjukkannya dipandang sepi. Dia ditolak mentah-mentah. ZEA XAVERA Seorang gadis hebat yang berjaya menjadi doktor pada usia muda. Kini berumur 25 tahun, hidupnya masih solo. Bukan tiada yang ingin, tapi dia yang tak mahu. Luka silam membuatkan dia serik untuk bercinta lagi. Fokusnya hanya pada kerjaya dan keluarga. Semuanya berubah apabila seorang Inspektor sado tiba-tiba muncul dalam hidupnya dan terus "menyemak". Hatinya mula goyah, hidupnya mula tak tenang. Daniyal mengejar. Zea menjauh. Semakin Zea jauh, semakin Daniyal kejar. "Semakin ku kejar, semakin kau jauh..." Eh, tiber! Bukan senang nak cairkan hati doktor beku ni. Tambah pula dengan jadual kerja Daniyal yang padat, makin susah nak mendekatinya. Mampukah Zea menahan hatinya daripada jatuh cinta lagi? Dan mampukah Daniyal bertahan demi memiliki hati beku sang doktor muda ini? "Loving you is like breathing. How can I stop?" - Daniyal Farique [2025]
The Fall Theory by raz577_
raz577_
  • WpView
    Reads 145,223
  • WpVote
    Votes 8,517
  • WpPart
    Parts 30
[Completed] π™Έπš—πšπš›πš˜πšžπšπšžπšŒπš’πš—πš... Danish Lee bin David Lee. The Sweet Playboy. "I know why you fell. Because it's a warning before you fall in love with me," 'Because you are you and I love you,' Pertama kali si playboy itu buat ungkapan sedemikian di laman Instagram miliknya. Gambar yang disertakan dengan caption itu sungguh menarik perhatian. Seorang perempuan yang bertudung sedang menghadap laut. Hanya figura belakang perempuan itu yang kelihatan. Selepas sahaja gambar itu dihantar. Status single ditukar kepada taken. π™ΌπšŽπšŽπš... Nur Najmina Balqis binti Mohd Suffian. Bukk! Najmina tersungkur ke depan bila kaki dia tersangkut di karpet yang terlipat. Dia tersembam dengan penuh tidak ayu di ruang tamu ini. Tudung dia tertarik ke belakang. Najmina tundukkan kepala. Alamak, dia terjatuh depan Danish! πš†πšŽπš•πšŒπš˜πš–πš’πš—πš πš˜πšžπš› πšŒπšžπš™πš’πš... Puan Kalsom binti Mansor. The Sweet Mom. "Danish, ni Najmina. Anak perempuan kesayangan mak," "Dah Danish? Mak kata Danish kesayangan mak! Apa ni?," "Danish anak lelaki kesayangan mak," 𝙰 𝚜𝚠𝚎𝚎𝚝 πšŠπš—πš πšœπš’πš–πš™πš•πšŽ πšœπš‘πš˜πš›πš πšœπšπš˜πš›πš’.
Dalam Luka Ada Kamu by tyasylvie
tyasylvie
  • WpView
    Reads 128,465
  • WpVote
    Votes 14
  • WpPart
    Parts 1
Selepas segala yang cuba memisahkan, kita tetap menemukan satu sama lain.
Permaisuri Tanpa Takhta [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 130,610
  • WpVote
    Votes 4,715
  • WpPart
    Parts 51
Raziq Hayyan merupakan sebab yang paling kuat untuk dia terus hidup. Disaat dia hampir terkorban ditangan musuh, nalurinya sedar apa yang terjadi sekalipun dia harus tetap hidup demi anaknya. Namun dia sedar anaknya perlukan seorang ibu untuk menyayanginya selayaknya seperti anak-anak yang lain. Ayana Zahra binti Zahrim merupakan kisahnya dimasa lalu, meskipun hatinya berat ingin melepaskannya namun tidak adil bagi dirinya untuk terus bersedih. Jika dirinya itu masih ada lagi ruang untuk bahagia, maka kisah barunya akan diterima dengan hati yang terbuka. Rumah itu seharusnya nyaman, namun ianya berantakkan buat Haness Ryana Binti Hamzah. Kehilangan ibu kandung di umur 21 tahun mengubah segalanya. Meskipun adik-beradiknya sentiasa ada disisi namun tidak sama apabila sang ibu sudah tiada didunia ini. Kelibat ayah pula sentiasa dirindui namun sang ayah terlalu sibuk dengan urusannya. Munculnya neraka dunia untuknya apabila si ayah mengambil keputusan untuk berkahwin semula 5 tahun selepas pemergian isterinya itu. Tidak cukup dengan kehadiran ibu tiri, dia pula dikahwinkan dengan seorang lelaki yang merupakan anak kepada kenalan ayahnya itu. "Saya janda, Encik Raziq. Kita tak sepadan." "Siapa kata kita tak sepadan? Aku duda anak satu, Cik Ryana." Start : 1 Jan 2025 End : 21 February 2025
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 269,569
  • WpVote
    Votes 24,887
  • WpPart
    Parts 56
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka tidak mudah.
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 580,410
  • WpVote
    Votes 28,997
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance] Qayl Zachary | Dian Antasya Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.
Hanya Dia !  by TiyaBella
TiyaBella
  • WpView
    Reads 2,612,938
  • WpVote
    Votes 64,331
  • WpPart
    Parts 89
Dua hati disatukan tanpa ikatan cinta. Bukan paksaan keluarga. Bukan kerelaan hati. Tengku Ammar Mukhriz mengahwini Nur Rania Erynna tanpa mengenal isi hati & perwatakan wanita itu. " mummy..ni la bakal isteri riz.. " - Tengku Ammar Mukhriz. Tanpa sempat mulut Nur Rania Erynna menjelaskan segala-galanya. Muncul pula keluarganya seolah-olah mengiyakan kata-kata Tengku Ammar Mukhriz. Saat cinta sudah mula berpaut dihati. Muncul pula kekasih hati Nur Rania Erynna yang ingin merebut semula cintanya. Highest ranking #62 in romance
Isteri Teristimewa by DyannRose
DyannRose
  • WpView
    Reads 363,466
  • WpVote
    Votes 17,119
  • WpPart
    Parts 33
Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri. "Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah Daneen." "Kepala otak kau. Sejak bila aku jadi ayah kau. Aku kahwin pun belum. Jangan jadi cacat akal sangat." Dia berjalan saja Daneen memeluk kakinya, dia tidur Daneen melompat tidur disebelahnya. Paling membuatkan dia tertekan adalah apabila Daneen mahu dia mandikan. "Ayah, mandikanlah Daneen. Daneen dah busuk." "Kau dah gila ke?" Seram. Itu yang dirasakannya. Semakin hari dia merasakan Daneen seolah menggodanya. "Aku pangkat suami kau tau bukan ayah kau. Aku baru 30 bukannya 60." "Kalau macam tu jadilah suami Daneen. Abang, sayang sayang abang!" Pitam Aidan. Naik gila dibuatnya. "Daripada berterusan gila kau ni lebih baik aku hantar kau ke Tanjung Rambutan." "Kenapa Tanjung Rambutan? Kan abang boleh hantar Daneen terus ke dalam hati abang?" Dasar gila. Dia kusut memikirkan cara untuk menghentikan omelan mamanya yang sudah tahu akan kewujudan Daneen di dalam rumahnya. "Daneen bakal isteri Aidan." Senang! Tapi bagaikan malapetaka yang menimpa apabila Daneen mendengarnya. "Yeay kita kahwin! Abang jangan goda sayang tau, tunggu kita kahwin biar sayang goda abang!" Daneen mengenyit mata nakal. "Ya Allah... ujian apakah yang Engkau telah turunkan kepadaku ini?" Cinta mula memekar di hati. Sayangnya pada Daneen, cintanya pada Daneen. Daneen nafas, Daneen nyawa, Daneen bidadari. Namun, Daneen kemalangan. Kemalangan telah meragut segala ingatannya. Dia lumpuh. "Depan mata abang, hanya Daneen isteri abang. Biarlah Daneen lupa abang ataupun lumpuh sekalipun, abang hanya mencintai Daneen seorang." "Lepaskan saya dan carilah kebahagiaan baru. Lagipun saya tak cintakan abang." Daneen pergi. "Jangan pergi sayang! Cinta abang hanya untuk Daneen!" Pemergian ini kerana cinta. Maafkan Daneen, abang.