✵ N Y A W A K U ✵
6 stories
Duyung yang Dilupakan by Auni_Sy
Duyung yang Dilupakan
Auni_Sy
  • Reads 144
  • Votes 21
  • Parts 10
Duyung, ialah makhluk yang menakutkan kerana kekejaman dan ketamakan mereka. Itulah yang selalu diceritakan kepada Kartika. Sehinggalah suatu hari, Kartika diselamatkan duyung daripada lemas. Ikatan persahabatan disambut, lalu mereka menikmati hari-hari dengan gembira. Namun, sahabatnya telah ditangkap dan dibawa ke Pohon Jauhari, pusat tahanan duyung. Tahun demi tahun berlalu dan surat Kartika kekal tanpa jawapan. Segala-galanya berubah apabila Kartika bertemu Sutra, salah seorang duyung yang terlepas daripada Pohon Jauhari. Apakah yang berlaku kepada sahabatnya? Mampukah kedua-dua sahabat itu bertemu semula? Adakah surat Kartika akan dibalas suatu hari nanti?
Wind Seeker: Kebangkitan Musuh (TELAH DITERBITKAN) by Auni_Sy
Wind Seeker: Kebangkitan Musuh (TELAH DITERBITKAN)
Auni_Sy
  • Reads 78
  • Votes 12
  • Parts 4
Sudah setahun berlalu sejak serangan kupu-kupu berlaku. Selepas beberapa lama tidak bertemu, Kurnia tidak menyangka dapat berjumpa dengan lntan dan kakanda perempuan Arjuna, Hayati. Namun, kegembiraan mereka hilang apabila diserang seseorang yang amat dikenali. "Kalau aku tiada, siapa berdiri di depan kalian sekarang?" Kejadian demi kejadian aneh mula berlaku. Apatah lagi, kemunculan penyerang itu terus mengganggu Kurnia. Bersama Hayati dan lntan, mereka bertiga berlayar demi merungkai misteri yang melanda. Siapakah sebenarnya yang ditemui mereka? Mampukah mereka menyelamatkan Kerajaan Dewangga daripada ancaman musuh?
Wind Seeker (TELAH DITERBITKAN) by Auni_Sy
Wind Seeker (TELAH DITERBITKAN)
Auni_Sy
  • Reads 251
  • Votes 28
  • Parts 5
Arjuna, seorang petarung kuat Laga Wau yang dijangkiti penyakit berbahaya setelah Kerajaan Dewangga didatangi sekumpulan kupu-kupu misteri. Pertemuannnya dengan Intan, seorang gadis biasa yang membawa jurnal memberi harapan kepada Arjuna. Jurnal tersebut mempunyai maklumat mengenai bunga penyembuh yang mampu menyelamatkan dirinya sendiri. Kurnia, seteru Arjuna juga tidak disangka mengikuti perjalanan mereka. Mereka perlu menyelamatkan Kerajaan Dewangga, bertarung dengan raksasa, pada masa yang sama membongkar masa lepas kerajaan mereka. Kisah mengenai persahabatan yang terjalin sepanjang perjalanan. Adakah Arjuna berjaya menemui bunga itu? Berjayakah dia menyelamatkan Kerajaan Dewangga, juga dirinya sendiri?
Manusia dan Boneka by Auni_Sy
Manusia dan Boneka
Auni_Sy
  • Reads 328
  • Votes 28
  • Parts 7
[Sambung waktu cuti semester nanti] Apabila manusia itu membuka mata, dia tidak mengingati apa-apa termasuklah diri sendiri. Sebuah boneka menemuinya, dan mereka bersama-sama mengembara demi mencari jawapan. Kehadiran bayang-bayang misteri, dunia yang terlah hancur, dan masa lepas manusia itu. Mampukah dia juga sahabat bonekanya menemui jawapan yang dicari-cari?
Pembunuh Empayar [EDIT] by Auni_Sy
Pembunuh Empayar [EDIT]
Auni_Sy
  • Reads 802
  • Votes 15
  • Parts 5
Cover oleh @tsweetestrain 15+ Cerita sedang diedit. Plot sedang diubah sedikit. AMARAN PENCETUS: Berkemungkinan terdapat adegan yang kurang menyenangkan atau mengganggu pembaca kerana ada kekerasan, sedikit bahasa kasar, kematian dan fikiran untuk membunuh diri. Setelah bangsa Arnasyaz dibuang daripada kerajaan langit, mereka akhirnya terpaksa berlindung di Sahmera, empayar yang diperintah bangsa manusia tidak bersayap. Namun, kedatangan bangsa Syalis telah menghuru-harakan mereka. Empayar telahpun runtuh dijajah bangsa bersayap hitam. Eyzek, seorang Arnasyaz yang terpaksa berjuang hidup demi mencari adindanya. Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja, walaupun memotong sayap bangsanya sendiri.
Hutan Ajaib [COMPLETED] by Auni_Sy
Hutan Ajaib [COMPLETED]
Auni_Sy
  • Reads 428
  • Votes 150
  • Parts 19
Si Kecil Haifa baru berpindah ke kampung halamannya. Dia bertemu dengan remaja bertopi jerami yang gembira mendengar kisah-kisah hutan. Senyap-senyap, mereka pun bermain bersama-sama. Pada masa yang sama, penduduk kampung mula berang. Kata mereka, malapetaka yang berlaku semuanya kerana budak syaitan yang tinggal di hutan dan sukakan daging budak. Ini hanyalah kisah biasa-biasa di antara si kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa, juga seorang remaja bertopi jerami yang kesunyian. Persoalannya, adakah persahabatan mereka akan terus kekal, ataupun mereka terpaksa berpisah di akhirnya?